Friday, 6 December 2013

KASI DEDAH !!! BETULKAH DAKWAAN PEMBANGKANG CANDI LEMBAH BUJANG MUSNAH ??



Semalam aku berkesempatan melawat beberapa tapak candi di Lembah Bujang bersama sama rakan TMK untuk melihat sendiri dakwaan portal pembangkang serta pemimpin pembangkang yang amat galak mengeluarkan kenyataan kononnya seluruh candi di Lembah bujang musnah dek kegagalan kerajaan negeri memantau tapak tapak candi berkenaan..

Kami bermula dengan melawat tapak candi yang dirobohkan pemaju seterusnya ke kampung candi, Kampung Bujang, dan tapak baru (kilang besi) yang masih dikaji pihak USM ..



Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas, kami ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang di pekan Merbok dan sempat menemubual kakitangan Muzium berkenaan bertanyakan kes yang berlaku di tapak candi no 11..

Perbualan kami dengan kakitangan muzium akan diceritakan pada artikel selepas ini, cuma disini aku nak jelaskan bahaea Candi Candi di Lembah Bujang masih lagi selamat dan terpelihara.. Di Lembah Bujang terdapat lebih dari 50  kesan penemuan candi.Ianya bertaburan sehingga ke Sg Mas di Kuala Muda dan Bukit Choras di Yan..

Dibawah ada beberapa keping gambar yang diambil dari tapak tapak candi yang kami lawati






Candi candi ini masih dipelihara dengan baik...kebanyakkan candi candi yang dijumpai dibina semula mengikut bentuk asal.adakalanya bahan bahan binaan yang digunakan dibuat semula mengikut bentuk asal.

ARTIKEL SETERUSNYA AKAN MENYUSUL NANTI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive