Monday, 2 December 2013

PANASS !!! UMNO IKTIRAF MAHASISWA TEMPATAN UNTUK BERUCAP DI PERSIDANGAN UMNO @razaliibrahim @tunfaisal



Ahkhirnya selepas selesai Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 yang berlangsung pada hari Ahad 1/12/2013 semalam, Mahasiswa IPT tempatan telah diberi peluang untuk berucap pada Persidangan Umno melalui usaha Datuk Razali Ibrahim selaku Pengerusi Biro IPT Malaysia serta sokongan tak berbelah bahagi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Kelab Umno Luar negara.

Walaupun hanya diberi laluan untuk menjadi JURUCAKAP dalam PERSIDANGAN SAYAP, bukan Mesyuarat Agung UMNO, namun ia merupakan suatu break through dan sejarah baru yang patut direkod dalam journal perjuangan mahasiswa IPT tempatan.

Satu lagi bukti, bahawa UMNO itu begitu DEMOKRATIK dan begitu INKLUSIF. Ini juga satu bukti bahawa UMNO jujur untuk memartabat golongan mahasiswa dan bukan memperalat golongan mahasiswa seperti yang dilakukan Pakatan Pembangkang (PR).

Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa IPT tempatan memendam rasa kerana rakan seusia mereka dari Kelab UMNO Luar Negara bukan sahaja mendapat perhatian khusus daripada pemimpin-pemimpin tertinggi parti, malah wakil mereka juga diberikan ruang untuk berucap mewakili suara mahasiswa di dalam negara. Saya sendiri sebagai salah seorang graduan IPT tempatan, sudah sekian lama merasa tidak puas hati dengan layanan double standard ini.

Baca Seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive