Thursday, 5 December 2013

#TanyaIbdil !! KENYATAAN @ibdil DIPUTAR BELIT ATAU MEMANG SI BAHALOL NIE KAKI PUTAR BELIT ?? #Bedalibdil !!!



Mungkin tak perlu aku perkenalkan lagi si mamat diatas sebab aku yakin ramai pembaca dah tahu kisah yang berlaku semalam.. Hampir kebanyakkan blogger politik Pro Umno dan Pro Kerajaan menghalakan muncung senapang kearahnya di sebabkan kelancangan mulutnya tak tumpah seperti lubang kunyit sedang mengemut kencang..

Kisahnya bermula apabila si mat bergedil a.k.a Chairman Biro Media Baru yang diamanahkan oleh si Kay Jay untuk menjaga ( Media SoooSiaall ) diwawancara oleh team media sosial.. ketika itulah terkeluarnya kata kata seperti menghunus keris dijantung para pengiat media siber pro Umno..




Dibawah adalah kata kata yang keluar dari mulut ibdil,dimana beberapa rakan aku sendiri menjadi saksi setiap kata dan ungkapan yang keluar dari mulut beliau

"Kita rasa satu kesilapan kerana membayar blogger, kalau tak dibayar mereka akan hentam kita pula. Sekarang BMB akan cari sukarelawan yang sanggup berkhidmat pada parti secara sukarelawan tetapi mereka tiada platform.

"Paling penting untuk pengamal media maya adalah saluran maklumat. Kita akan minta pihak PMO untuk adakan mesyuarat dengan pengamal media maya sebelum sesuatu dasar kerajaan keluar.

"Kita akan perluaskan media maya, INSTAGRAM, twitter merupakan saluran untuk kita menyebarkan maklumat. Dan kita harap selepas ini, pengamal media maya tidak sibuk berpolitik sangat. Kita kena tunjuk pada rakyat, UMNO bekerja. Sebab kalau pembangkang hentam pun, rakyat akan tak endah sebab kerajaan buat kerja. - Ibdillah Ishak Pengerusi BMB


Dan ini pula kenyataan balas Ibdil menuduh kenyataanya tadi diputar belit oleh pihak tak bertanggungjawab..

Ibdillah Ishak menjelaskan bahawa kenyataannya mengenai kesilapan menyumbangkan insentif kepada penggiat media maya telah disalahtafsirkan oleh beberapa pihak.

Ibdillah menjelaskan, beliau hanya mahu kajian semula terhadap pemberian insentif dilakukan semula bagi memastikan ianya lebih teratur dan efektif.

"Apa yang saya maksudkan adalah kita perlu cari pendekatan baru sumbangan insentif kepada para penggiat media maya.

"Saya juga ada menerima maklumat dari peringkat akar umbi mengenai sikap para penggiat yang tidak mahu buat kerja jika tiada insentif.

"Jadi saya mahu tahu dan memahami apa masalah mereka serta membantu mereka kerana saya ini akan menambah mengukuhan parti," katanya kepada Rakyatnews


Aku ni taklah pandai nak berpolitik sangat macam Pemuda Pemuda yang kejar jawatan seperti yang ada sekarang nie, tapi aku tak bodoh bila baca 2 qoute perkataan yang berbeza.. So siapa yang putar belit sekarang nie ?? bloggers atau Ibdil ??

Soal upah blogger, aku rasa Ibdil sepatutnya berjumpa dulu dengan pengiat pengiat media sosial  yang ada sekarang ini berbincang dahulu, cuba fahami apa masalah yang dihadapi bukannya main bedal makan makan nasi ayam..

Bro ibdil, kalau kau tak bayar aku pun, aku menulis, berhujah, bersengkang mata 24/7 melawan fitnah pembangkang bukan kerana wang ringgit tau, tapi kerana nak pertahankan Agama, Bangsa dan Negara yang menjadi tunjang parti keramat Umno.

Kerja sebagai kuli macam aku BUKAN BERGAJI  RM 5000 - RM 10,000 seperti Pemuda Umno berimej Koprat, kerja makan gaji macam aku nie hanya mampu lepas bayar sewa rumah dan nafkah untuk BERI makan anak bini sahaja dan lepas nak bayar duit broadband.. Kalau ada Prk atau apa apa event Umno yang nak pakai khidmat pejuang siber, aku kena CUTI tanpa gaji.. Kadang kadang tu token yang dapat dari event lebih rendah dari gaji hari yang aku dapat..

Cukuplah sekadar menghargai perjuangan kami para pejuang siber nie, bukan penghinaan yang kami dapat dari Chairman BMB yang baru.. As long, kalau kau cakap terima kasih kepada bloggers yang selama ini membantu kemenangan BN pada PRU 13 baru baru nie pun dah Okay dari kau membebel pasal lifestyle yang tah apa apa..

So memandangkan kau dah mula declare war dengan bloggers, aku dengan ini istihar akan menjadi PASUKAN SUKARELA YANG SANGUP BERKHIDMAT MENGHENTAM KAU WAHAI IBDIL.. Dan aku harap kau sebagai Chairman BMB dapat cari SUKARELAWAN yang nak bantu team BMB yang baru berjuang untuk PRU14..Jangan kau pun kaki kelentong macam Azwan Beruk sudahlah.. PRK Sg Limau janji nak bawa 2000 pemuda, last2 skali dengan dia hilang... Puiiiiii

1 comment:

anti-Otak Kepala Lutut said...

KJ ni memang suka pilih orang yang kurang cerdik dari dia sebab kalau pilih yang lebih akal sikit nanti, dengan KJ-KJ pun kena cantas. Malang nya akibat dari tak cerdik nya malaun tu akan menyebabkan kehilangan besaq pada BN pulak dalam PRU14. Jadi kesimpulannya ialah KJ tu memang lah TAK CERDIK.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive