Thursday 24 October 2013

PANASS !!! DAP TERLEBIH OVER DI SG LIMAU #PRKSgLimau @NajibRazak @MukhrizMahathir @Tunfaisal @TengkuAdnanReal



Penduduk Sungai Limau, Kedah bakal memilih ADUN baru selepas 18 tahun berada di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak. Kawasan yang telah menjadi sinonim dengan Tan Sri Azizan itu pastinya menghadapi sedikit rasa kekok untuk diwakili oleh orang lain apatah lagi apabila beliau baru sahaja ‘pergi’. Tan Sri Azizan seolah-olah telah sebati dengan rakyat kawasan ini dan tentunya sukar dicari ganti.

Walaubagaimanapun, undang-undang telah menetapkan bahawa wakil yang pergi perlu diganti. Pada 4 November ini, pengundi Sungai Limau akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN iaitu bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, yang juga Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai, dengan calon PAS iaitu Ketua Pemuda Jerai, Mohd Azam Samat, 37, yang juga pengarah PASTI.

DUN Sungai Limau mempunyai 27,222 pemilih berdaftar. Daripada jumlah itu, 25,323 orang atau 93 peratus ialah pengundi Melayu, Cina (1,842 orang atau 6.7 peratus), India (15 orang atau 0.6 peratus) dan selebihnya kaum-kaum lain.



Berdasarkan sejarah PAS yang konservatif hatta ekstrem, kedudukan Sungai Limau sebagai kubu kuat PAS mengukuhkan ‘sifat’ keMelayuannya. Ini kerana PAS suatu ketika dahulu menentang keras orang-orang kafir . Tetapi itu adalah kisah silam.

PAS era ini adalah sebuah parti yang berpendirian separa liberal kerana menerima perjuangan DAP yang menentang kedudukan rasmi agama Islam. PAS juga menerima pendirian PKR yang bebas mentafsir semula atau menolak hukum hakam agama Islam mengikut nafsu pemimpinnya.

Pendirian liberal ini diambil oleh PAS atas dasar sepakat dalam usaha untuk berkuasa.

Oleh itu, PAS tidak jemu-jemu berkorban dengan menyerahkan segala-galanya termasuk maruah dan harga diri bagi menambat hati pengundi India dan Cina. Isu Kalimah Allah juga menyaksikan bagaimana PAS berdolak dalih dan berpecah belah semata-mata kerana kepimpinan tertinggi PAS cukup bimbang kalau-kalau hati orang-orang Kristian/Cina/DAP terguris.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive