Wednesday 23 October 2013

ALLAHYARHAM UST AZIZAN PALING DIBENCI PEMIMPIN PAKATAN



PAS sebetulnya sangat terdesak untuk mempertahankan kerusi DUN Sg Limau yang mana pertarungan untuk merebut kerusi DUN tersebut antara BN dan PAS bermula hari ini.

Maka itu mereka tidak ada pilihan melainkan mencalonkan saudara dan bekas anak didik Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Azam Samad sebagai calon di kawasan tersebut. Walhal lulusan Al-Azhar tapi diberi tanggungjawab menjaga tadika oleh PAS ini, tidaklah sehebat mana, kalau tidak, taklah dia yang berkelulusan tinggi diminta jaga tadika saja oleh PAS.

Itu saja menunjukkan bahawa PAS masih mahu guna aura arwah Azizan di kawasan tersebut kerana mereka tahu PAS tidak ada kekuatan disitu kalau bukan sokongan saudara mara Azizan yang telah lama bertapak di kawasan tersebut. Arwah Azizan sendiri lahir dan membesar disitu.



Bagaimanapun ramai berpandangan tindakan PAS meletakkan Azam untuk meraih simpati saudara mara dan penyokong Azizan di kawasan tersebut hanya akan makan diri sebab rakyat Snngai Limau masih ingat bagaimana teruknya pimpinan PAS negeri dan pusat menghinakan bekas Menteri Besar Kedah tersebut.

Terutama ketika krisis pentadbiran Kedah berlaku pada awal tahun 2012.

Pada ketika itu, para penyokong PAS tidak segan silu memaki Azizan dan secara terbuka memintanya meletakkan jawatan berikutan kegagalan menangani krisis tersebut. Di akhirnya, PAS pusat ’mencabut’ kuasa Azizan sebagai Menteri Besar dengan menubuhkan jawatankuasa Pemandu yang akan memantau setiap keputusan yang dibuat Azizan.

Selepas itu berpanjanganlah Azizan menjadi Menteri Besar yang paling dibenci Pakatan pembangkang. Sehingga bila Menteri Besar itu tidak kekoh menyokong program 1M4U pun, beliau dianggap macam musuh oleh pimpinan PAS sendiri. Blogger-blogger pro pembangkang ni jangan cakaplah, lagi teruk.





Isteri Allahyarham, Toh Puan Faekah Sheikh Hamzah pun pernah meluahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan penyokong PAS yang menyamakan kaki arwah dipotong akibat kencing manis dengan kekalahan Kedah kepada BN. Artikel mengenai perkara tersebut boleh dibaca disini.

Sebetulnya ada banyak lagi yang boleh penulis paste kan disini, tapi rasanya orang Sungai Limau semua tahu apa yang terjadi kepada Azizan sepanjang menjadi Menteri Besar Kedah. Tapi kerana penduduk Sg Limau hormatkan pemimpin yang menjadi wakil mereka selama 5 penggal, maka PAS masih menang di kawasan itu, walaupun 2 kerusi DUN lain dalam Parlimen Jerai menjadi milik BN.

Parlimen Jerai itu sendiri pun BN sudah menang semula.

Tapi keadaannya berbeza kali ini, dengan yang dinamakan PAS untuk bertanding di kawasan tersebut, tidak langsung mempunyai kehebatan dan aura yang sama seperti Arwah Azizan. Malah penulis boleh katakan, dengan mencalonkan Azam ini, PAS sebenarnya menghinakan kepimpinan arwah.

Arwah dulu pernah juga menjadi pensyarah sehingga sebuah universiti di Filipina, selain Ijazah Al-Azhar dan Sarjana dari UK, sedangkan budak ini dikatakan ada banyak credential tapi separuh darinya tak dapat disahkan, termasuk Diploma dari Syria yang tak tahu dikeluarkan siapa.

Pensyarah universiti dengan pentadbir tadika, ada banyak beza tu. Ia ibarat kereta Mercedez 320E rosak, digantikan dengan Kancil 660. Masih kereta juga, tapi prestasi berbeza.

Sebab itulah BN tampilkan calon yang setaraf, malah lebih baik ketinggian kualiti pendidikkannya berbanding dengan Allahyarham kerana kita menghormati arwah. lebih dari orang PAS sendiri.

Sumber Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

STOPA MANA? BENDERA SPENDER PUTIH STOPA TAK DIKIBARKAN KE KAT SG LIMAU.. HARAP PENYOKONG2 PAS KIBARKAN SEGERA..SBB ITU SALAH SATU CARA UNTUK MENANG DENGAN BERGAYA....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive