Tuesday 22 October 2013

PANASS !! PAS KEJAM !! GUNA GAMBAR ARWAH UST AZIZAN MODAL KEMPEN !!!


Nampaknya Pas terpaksa guna kembali khidmat gambar Allahyarham Ust Azizan sebagai bahan kempen PRK Sg Limau pada kali ini kononnya nak mengambarkan calon Pas yang juga ketua pemuda pas Jerai anak didik Arwah Ust Azizan..

Walaupun Azam anak didik ust azizan tetapi adakah ciri ciri yang ada pada dirinya sama seperti Ust Azizan ??

Penduduk Sg Limau perlu sedar, Sg Limau bukan lagi kawasan  milik bekas menteri besar Kedah itu.. Kedah kini ditadbir oleh kerajaan BN dan bukannya lagi kerajaan Pas..



Justeru, tiada sebab lagi untuk Pas mempertahankan dun Sg Limau.. Penduduk Sg Limau jangan bimbang soal pembanggunan kerana dalam Aku Janji BN Kedah sudah tertulis bahawa kawasan berkenaan akan dibanggunkan iaitu meneruskan projek Zippy yang dijangka akan memberi manfaat kepada penduduk tempatan..


Kalau iyer pun nak menang di Sg Limau, Pas sepatutnya mengunakan kekuatan yang ada pada calon Pas itu sendiri.Bukan guna arwah sebagai modal kempen..

Belum tentu cara yang dibawa oleh calon Pas ini sama seperti Ust Azizan walau anak didik sekalipun..

Cuba tengok Menteri Besar Kedah YAB Datuk Paduka Mukhriz, walaupun ber'bin'kan Tun Mahathir, cara pembawakan dan pentadbiran tak sama seperti ayahanda beliau..

Jadi tak mungkin anak didik Ust Azizan ini boleh bawa benda yang sama seperti arwah..

Oleh itu, penduduk Sg Limau perlu undi calon BN yang juga anak tempatan dan berpengalaman luas dalam bidang pendidikan


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive