Saturday 10 August 2013

TENTERA CEDERA DI TEMBAK DI SEMPADAN MALAYSIA - THAILAND




Seorang anggota tentera cedera selepas ditembak di bahagian belakang oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali berhampiran sempadan keselamatan Malaysia-Thailand kira-kira 50km dari Alor Star.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.00 pagi Sabtu berhampiran pagar yang memisahkan kedua-dua negara jiran.

Anggota tentera yang cedera telah dikenal pasti sebagai Mohd Azam Rudin Azizan, 26, dari Rejimen Askar Melayu Diraja ke-2 yang berpangkalan di Sungai Ara, Pulau Pinang.



Beliau bertugas membuat rondaan dengan anggota rejimen lain dengan motosikal di sempadan.

The Star difahamkan, beliau dan rakannya mendapati laluan berpagar di kawasan tersebut telah diceroboh dan ketika Mohd Azam bergerak ke hadapan untuk membaiki pagar yang rosak beliau ditembak dari belakang.

Beliau mengalami tiga luka akibat tembakan di belakang dan dikejarkan ke Hospital Kangar pada pukul 6.00 pagi untuk rawatan.

Keadaan beliau dilaporkan stabil. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya mengesahkan mengenai kejadian itu. "Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes tembakan itu," kata Mohd Nashir yang enggan mengulas lanjut kerana "sebab-sebab keselamatan".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive