Friday 9 August 2013

SEORANG LAGI MATI DITEMBAK DI PAGI RAYA



GEORGETOWN – Seorang lelaki ditembak mati ala geng mafia selepas berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson di sini.

Dia ditembak mati dari jarak dekat pada kira-kira pukul 11.50 pagi Khamis
Menurut Ketua Polis Daerah Georgetown Asisten Komisioner Gan Kong Meng, si mati berketurunan India, berusia 37 tahun dan tinggal di Air Itam, Pulau Pinang.

Dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes narkotik.



Ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta mewah BMW dengan nombor pendaftaran KUala Lumpur, walaupun kereta tersebut dikhabarkan dipinjam daripada seorang rakan.

Difahamkan penembak melepaskan lebih daripada 15 das tembakan kerana berbilang kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian.

Gan mengesahkan mangsa ditembak sebanyak 14 kali dan kebanyakannya di kepala.

Ahli patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh turut berada di tempat kejadian. – mStar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive