Saturday, 10 August 2013

PESAWAT JETSTAR, VIRGIN AUSTRALIA BERTEMBUNG DI LANDASAN




DUA pesawat penumpang bertembung sesama sendiri di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, Australia hari ini.

Menurut jurucakap rasmi, pelanggaran itu merosakkan pesawat namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada penumpang.

Pelanggaran itu melibatkan pesawat Virgin Australia 737 yang sedang berundur dengan pesawat A320 Jerstar, mengakibatkan sebuah pesawat hilang sebahagian ekornya dan sebuah pesawat lagi mengalami kerosakan pada sayapnya.



“Tiada sesiapa yang cedera dalam pelanggaran ini yang terjadi ketika kedua-kedua pesawat sedang bergerak (taxi) di landasan, bagaimanapun ia masih dalam siasatan,” kata Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Twitternya.

Pesawat Virgin dijadualkan untuk penerbangan ke Maroochydore membawa 175 orang penumpang berlanggar dengan pesawat JetStar yang kosong sedang dalam persediaan untuk berlepas kira-kira pukul 9.30 pagi waktu tempatan.

Jurutera Paul Cousins berkata mujur kemalangan itu tidak mengakibatkan kecederaan tetapi kerugian kedua-dua syarikat penerbangan mencecah sekurang-kurangnya 3 juta Dolar Amerika.

“Kemalangan itu boleh mengakibatkan kerosakan terut pada enjin, jika lebib buruk serpihan enjin akan disedut ke dalam kipas jet kemudian berterbangan ke serata lapangan terbang,” katanya.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) berkata “siasatan awal mendapati kesemua pergerakan pesawat mengikut prosedur,”
Pihak ATSB kini sedang menyiasat pelanggaran itu dan sepasukan anggota penyiasat akan tiba di Melbourne untuk menjalankan siasatan terperinci. – ChannelNewsAsia

Mynewshub

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive