Selain dari suka mengeluarkan kenyataan yang bertaraf budak tak sekolah, Mahfuz dikatakan mempunyai tahap IQ yang sangat lemah untuk memahami masalah atau isu yang dikemukakan padanya.
Terbaru, saya difahamkan bahawa Mahfuz telah dikunjungi oleh beberapa bekas kakitangan Insaniah Holdings yang telah ditutup baru-baru ini ekoran hampir muflis dan gagal mencatat keuntungan. Kononnya, mereka mahu mengadu nasib pada Mahfuz…
Hasil dari perbincangan itu, Mahfuz telah mengugut Kerajaan BN Negeri Kedah yang baru berusia lebih kurang 3 bulan untuk membayar gaji bekas kakitangan Insaniah Holdings yang dikatakan tidak dibayar selama 2 hingga 3 bulan ini.
Kata Mahfuz, jika Mukhriz tidak selesaikan pembayaran gaji bekas kakitangan Insaniah Holdings itu, dia kononnya akan membawa isu tersebut mengadap DYMM Yang DiPertuan Agong.
Pada saya, kalau ugutan Mahfuz itu ditujukan pada budak kecil yang belum bersunat, mungkin budak itu akan “terkucil” ketakutan. Tapi kalau dia berniat untuk mengugut Kerajaan BN Kedah begitu, rasanya dia yang akan malu sendiri kelak…
Untuk pengetahuan umum, Insaniah Holdings adalah syarikat utama yang ditubuhkan oleh PAS Kedah sejak mula mereka menjajah Kedah dulu. Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang mendapat peruntukan lebih kurang RM15 juta setahun itu diletakkan di bawah pengurusan Insaniah Holdings.
Pada mulanya, Insaniah Holdings menerima peruntukan yang agak lumayan untuk memulakan perniagaan. Dibawahnya ada beberapa anak syarikat seperti Insan Medik, Insan Fasih, Insan Maya, Insan Bestari dan sebagainya. Semuanya bertaraf syarikat “sendirian berhad”.
Tujuan syarikat-syarikat tersebut diwujudkan adalah untuk menjana perniagaan di mana para CEOnya perlu bijak mencari peluang menjana keuntungan bagi menampung semua anak-anak syarikat, termasuk kos KUIN.
Peliknya, sepanjang 5 tahun beroperasi, tidak ada satu pun syarikat tersebut yang berjaya menjana keuntungan! Malah wang peruntukan sebanyak RM15 juta yang sepatutnya menjadi milik KUIN turut “dirampas” dan “disyarikat”kan.
Hasilnya, KUIN yang dulu tidak punya sebarang masalah kewangan, jadi huru-hara apabila ratusan kakitangannya telah dizalimi. Gaji lambat dibayar, wang potongan zakat dan sewabeli rumah atau kenderaan diseleweng, sehingga mereka bangkit mengadakan gerakan “Bersih KUIN”.
Peliknya, CEO-CEO Insaniah Holdings tidak pula berdemo bersama “Bersih KUIN”! Nak tahu kenapa? Mungkin mereka kenyang dengan gaji lumayan yang diberikan PAS Kedah melalui Rektornya, Dr. Jamil Osman. Malah ada diantara mereka yang dikatakan bergaji RM45,000 sebulan termasuk elaun!
Sudahlah mereka gagal menjana keuntungan untuk Insaniah Holdings, gaji mereka pula besar-besar belaka. Mereka “belasah” pula duit KUIN? Ingatkan mereka cari bisnes diluar, sebaliknya mereka hanya mampu berbisnes dengan KUIN.
Insaniah Holdings seolah-olah menjadi “consultant” apabila pihak syarikat itu diberi kuasa menguruskan pensyarah-pensyarah dan pengajian di KUIN. Maksudnya, KUIN akan membayar wang pada Insaniah Holdings sebagai “yuran pensyarah” dan “pengurusan”? Padanlah KUIN hampir muflis!
Lebih parah lagi, Insaniah Holdings tambah pula hutang dengan membina kampus KUIN di Kuala Ketil yang berharga RM330 juta! Sebuah syarikat yang rugi, tiba-tiba buat pula hutang yang tidak mampu dibayar? Bisnes jenis apakah itu?
Bila BN mengambil alih Kedah semula, syarikat-syarikat tersebut telah ditutup dan sebahagian dari kakitangannya telah diserap masuk sebagai kakitangan tetap KUIN, manakala CEO-CEO yang bergaji besar yang bertaraf kontrak itu telah ditamatkan kontraknya.
Cuba anda ke KUIN dan tanya bekas kakitangan Insaniah Holdings itu tentang gaji mereka. Saya yakin mereka akan tersenyum lebar bila KUIN diisytihar sebagai badan berkanun dan diberikan pelbagai hak yang sebelum ini dinafikan oleh PAS Kedah.
Misalnya, kenaikan gaji kakitangan sebanyak 13% yang dinafikan PAS Kedah dengan alasan KUIN adalah syarikat swasta, telah diberikan semula oleh Kerajaan BN Kedah. Sudah tentu kakitangan KUIN berterima kasih, bukan?
Yang tak terima gaji itu ialah CEO-CEO pegawai lantikan bergaji besar bertaraf kontrak yang terdiri dari kalangan puak-puak PAS dan Pakatan Haram! Kontrak mereka telah ditamatkan dan notis yang sah di sisi undang-undang kontrak telah diberi. Kalau tak puas hati, silalah ke mahkamah!
Persoalannya, Mahfuz tahu tentang semua itu? Mahfuz tahu tentang apa yang berlaku sebenarnya di KUIN? Ini bukan soal politik. Ini soal Kerajaan BN cuba menyelamatkan KUIN hampir dihancurkan PAS Kedah dulu.
Saya masih ingat pesanan Ustaz Azizan pada Mukhriz ketika beliau jatuh sakit tempohari. Beliau mahu Mukhriz selamatkan KUIN dan teruskan kecemerlangan kolej universiti kebanggaan rakyat Kedah itu. Dan saya yakin, itulah yang dilakukan Mukhriz sekarang!
Jadi tak payahlah Mahfuz “mengacum” pada DYMM Yang DiPertuan Agong. Lagipun, setiap laporan mengenai perkembangan KUIN turut dimaklumkan pada Baginda Tuanku sebagai Canselor KUIN. Baginda Tuanku tahu apa yang Mukhriz buat…
Sepatutnya, Mahfuz nasihatkan CEO-CEO Insaniah Holdings yang datang bertemu dengannya supaya membayar gaji para pekerja mereka dan diri mereka sendiri. Takkanlah hutang syarikat “sendirian berhad” pada kakitangan wajar dilangsaikan oleh Kerajaan Negeri?
Kalau Kerajaan Negeri perlu langsaikan hutan syarikat swasta, bankraplah begitu! Mahfuz tahu ke semua ini? Atau dia masih lagi “blur kelabu asap”?
sumber Mykmu
1 comment:
Bukan mamat ni lulus srp je k?
Post a Comment