Wednesday, 7 August 2013

SUSPEK KES BUNUH PENGASAS AMBANK SEIRAS DATUK KU CHIN WAH



Ramai yang tidak percaya apabila melihat Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Ku Chin Wah yang memegang gambar suspek kes bunuh, Kong Swee Kwan semalam yang seiras wajahnya.

Ku yang memakai cermin mata dengan misai nipis, sementara Kong pula dilihat mempunyai potongan rambut yang hampir serupa dan juga memakai cermin mata, membuatkan muka mereka benar-benar nampak seiras.



Sejak berita polis memburu Kong semalam, ramai pengikut twitter mengulas mengenai wajah Ku dan Kong yang hampir serupa.

“Saya lebih kacak!,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada The Star Online.

Laporan itu juga menyebut Ku turut memuatkan tanda senyum (smiley) di akhir pesanannya itu.
Polis sekarang sedang memburu suspek berumur 44 tahun itu bagi membantu siasatan kes tembakan pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi.

Najadi, 75, ditembak mati di kawasan parkir di luar tokong Kuan Yin di Jalan Ceylon Kuala Lumpur pada 29 Julai.

Isterinya, Cheong Mei Kuen yang terselamat dalam serangan itu mengalami kecederaan di bahagian lengan.

Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki teksi yang sedang sedia menunggunya. -AP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive