Friday, 2 August 2013

PANASSS !!! ANWAR BERAHIM MEROYAN LAGI !!



Setelah gagal ‘membatalkan’ keputusan PRU-13 melalui demonstrasi jalanan, Anwar bagaikan kehilangan arah untuk mengatur langkah seterusnya. Akhirnya Anwar kelihatan terpaksa mengaku kalah dan menerima kemenangan Barisan Nasional.

Apatah lagi setelah beliau sendiri mengangkat sumpah sedangkan balaci-balacinya terus mengharapkan yang beliau menggerakkan pemberontakan besar-besaran. Apa yang berlaku ini benar-benar membuat Anwar terdiam seketika.

Bagi memastikan namanya tidak terus tenggelam, Anwar mengharapkan agar petisyen pilihanraya yang difailkan oleh calon-calon PR akan memberi beliau sedikit publisiti. Ini kerana, Anwar sendiri sedia maklum bahawa petisyen yang dikemukakan tidak berasas dan pasti akan ditolak.



Dan penolakan itu akan dijadikan ‘peluru’ baru untuk menghentam kerajaan, mahkamah dan apa saja yang boleh dihentamnya. Inilah yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar sedang membawa watak Ketua Pembangkang yang meroyan sakan kerana petisyen PRU-13 yang difailkan oleh calon PR ditolak.

Kos petisyen yang tinggi membantu Anwar melakonkan babak meroyan dengan lebih berkesan. Malah, lebih baik lagi bagi Anwar, ia memberikan alasan pula kepada partinya untuk mengutip derma. Pada 28 Jun lepas, Anwar telah pun mengadakan majlis makan malam untuk mengumpul dana bagi tujuan itu. Kos keseluruhan yang dianggarkan ialah RM1.5 juta.

Pada 23 Julai, petisyen yang difailkan oleh dua calon PKR dari Pulau Pinang - Abdul Halim Hussain (bagi kerusi DUN Teluk Bahang) dan Muhammad Baktiar Wan Chik (bagi kerusi Parlimen Balik Pulau) ditolak oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Abdul Halim dan Muhammad Baktiar yang kalah kepada calon BN dalam PRU yang lalu diperintahkan membayar kos kepada lawan mereka, pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), masing-masing berjumlah RM10,000 dan RM30,000.

Hakim Hadariah Syed Ismail mengeluarkan perintah itu kepada kedua-duanya kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Minggu lepas, calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi diperintahkan membayar RM40,000 kepada SPR dan RM30,000 kepada lawannya apabila petisyennya ditolak di Kuala Lumpur.

Dalam skrip meroyan Anwar, beliau menuduh keputusan hakim sebagai tidak betul dan tidak masuk akal kerana bersandarkan alasan teknikal.

Nampaknya, Anwar lupa bahawa selama ini beliau sendiri telah beberapa kali terlepas dari dakwaan liwat atas alasan teknikal juga. Lebih dahsyat, dalam kes-kes liwatnya, segala bukti dan saksi ‘menuding’ kepada dirinya sedangkan di dalam petisyen PRU yang difailkan, satu bukti atau saksi pun tidak ada.

Oleh itu, jika Anwar menolak penghakiman yang dibuat atas alasan teknikal, maka Anwar wajib mengambil sikap yang sama dalam kes-kes liwatnya.

Walaubagaimanapun, kita faham, orang yang meroyan tentu tidak dapat berfikir dengan baik. Sebagai aktor tersohor, Anwar tahu yang beliau tidak perlu berhujah dengan fakta tetapi cukup dengan memainkan babak meroyan ini sebaik mungkin supaya penyokongnya terlupa akan fakta tetapi menumpukan sepenuhnya kepada dirinya.

Kesimpulannya, Anwar hidup atas publisiti, tanpa publisiti matilah dia. Sesungguhnya, petisyen PRU dan lakonan meroyan Anwar hanyalah untuk publisiti, tidak lebih dari itu. RM1.5 juta, bukan masalah baginya. Makan malam mengumpul dana hanyalah penyamaran bagi menjustifikasi sumber kewangan partinya, dan mungkin juga dirinya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive