Wednesday, 31 July 2013

SEBARKAN ! POLIS CARI BUDAK 4 MATA SUSPEK KES TEMBAK



Polis mengenal pasti seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank Berhad, Allahyarham Hussain Ahmad Najadi, 75, di Jalan Ceylon di sini, Isnin lalu.

Ketua Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek berkenaan dikenal pasti selepas polis menahan seorang pemandu teksi di sebuah kedai kopi di Seri Petaling, malam semalam.



"Pemandu teksi itu dipercayai membawa suspek selepas kejadian tembak itu di depan sebuah tokong di Jalan Ceylon, hasil soal siasat juga mendapati pemandu berkenaan menurunkan suspek di sekitar Jalan Alor, kira-kira 850 meter dari lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, pemandu berusia 44 tahun itu turut mengaku suspek merupakan pelanggan tetapnya.

"Suspek yang menggunakan nama gelaran 'Sei Ngen Chai' (budak bermata empat) seringkali kelihatan di sekitar kawasan Taman Maluri, Cheras," katanya.

Beliau berkata, polis juga akan memanggil seorang individu yang dipercayai berjumpa dengan pasangan terbabit di tokong berkenaan untuk dirakamkan percakapan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Hussain bersama isterinya, Chong Mei Kuen, 49, berjumpa dengan seorang individu untuk berbincang mengenai hal perniagaan di dalam tokong tersebut.

Sebaik pasangan itu keluar dan berjalan menuju kereta, penjenayah terbabit menghampiri mereka sebelum melepaskan lima das tembakan dari arah belakang, kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah teksi.

Hussain terkena dua das tembakan di bahagian dada dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan setelah ditembak dari jarak dekat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive