Sunday 28 July 2013

TERKINI !!! MAT SABU OTOMATIK KELUAR PAS !!??


Tendang ahli yang anut Syiah Otomatik??? Masalahnya Pas berani nak ambil tindakkan kat pemimpin mereka??

Belum ambil tindakkan Tuan Berahim dah cover line katanya pemimpin kanan parti itu tak sokong Syiah..

Takkan Tuan Berahim tak tahu apa itu takiyah ??





Setelah beberapa kali menafikan laporan kononnya terdapat pemimpin kanan parti itu terbabit dengan ajaran Syiah, Pas hari ini menerusi suatu kenyataan media melabelkan ia sebagai tuduhan jahat.


Ketua Penerangannya, Datuk Tun Ibrahim Tuan Man berkata, isu Syiah ini bukan isu politik namun ia melibatkan soal aqidah, justeru memberi amaran mereka yang mahu bermain politik menggunakannya.

"Ahli Pas mesti berpegang kepada ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika ada yang menganut amalan Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli Pas," katanya menerusi satu kenyataan media.

"Tiada pimpinan utama Pas terlibat dengan ajaran Syiah. Oleh itu, Pas mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya," tambahnya lagi.

Pas katanya kesal dengan tuduhan yang dilemparkan dan menganggap ia perbuatan yang berniat jahat.

"Tindakan tersebut lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh hanya bersandar kepada andaian semata mata," tegasnya.

Menurut Tuan Ibrahim, pihaknya sendiri mempunyai sistem pemantauan dalaman yang bergerak aktif bagi memastikan seluruh ahlinya tidak terbabit dalam aktiviti seumpama itu.

"... dan kita mengalu-alukan sebarang bukti yang melibatkan ahli parti dapat dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti.

"Kerajaan jangan hanya nampak Syiah sebagai ancaman negara, sedangkan ajaran Qadyani yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat dan bercanggah dengan aqidah terus berjalan tanpa sebarang tindakan," ujar beliau lagi.

Pas katanya sama sekali tidak akan termakan dakyah lawan yang cuba memanipulasi isu Syiah ini apatah lagi menjelang pemilihan parti itu November ini.

3 comments:

Muslim said...

Anuti Syiah, otomatik keluar Islam !

Anonymous said...

Kalau kata qadiani byk d anuti, bertanggungjawab kemukakan bukti utk tindakan susulan, jgn lpaaaaas cakaaaaap jer tak mau bantu. Ini lah org politik

Anonymous said...

Betul bro 22.34 -- wakil rakyat pembangkang dok hentam wakil rakyat kerajaan pasal tak buat kerja. Tapi dia lupa kot yang dia jadi wakil rakyat pun dapat bayaran jugak. Apa kata bantu membantu buat kerja tak kira parti demi untuk rakyat. Ibarat makan gaji buta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive