Thursday, 1 August 2013

HOT INFO !! PEMUDA MELAYU ISLAM ORANG PERTAMA KELILING DUNIA


Jong Melayu lebih besar dari kapal Portugis

Seorang Pensyarah di Universiti Harvard, Cambridge di Masschusets Dr. Joyce Chaplin dalam buku tulisannya bertajuk “Menjelajah Bumi : Penjelajahan dari Magellan Hingga Ke Orbit” diterbitkan tahun lalu mengatakan orang pertama yang mengelilingi dunia ialah seorang pemuda Melayu dan Islam.

Buku itu diterbitkan oleh penerbit buku Simon & Schuster.


Dr Joyce berkata, pengembara itu hanya dikenali dengan nama Enrique de Malaca yang diperolehi oleh pengembara terkenal Ferdinand Magellan ketika perang di negeri Melaka.

Menurut beliau dalam tempoh 250 tahun pertama manusia mengelilingi bumi, sebanyak 90 peratus gagal dengan kebanyakan daripada mereka mati ketika dalam pengembaraan.



Ketika itu bumi terbukti terlalu luas untuk dikelilingi dengan mudah. Pelbagai cabaran wujud dalam pengembaraan dan cabaran paling besar ialah jangkitan pelbagai jenis penyakit.

Menurut Dr Joyce, Enrique atau nama Melayunya Panglima Awang digunakan oleh Magellan sebagai penterjemah dan pemandu di beberapa wilayah di Asia.

“Enrique de Malacca, nama yang diberikan tuannya Ferdinand Magellan ini, dikenal di kawasan Nusantara masa itu sebagai Panglima Awang, yang disebut-sebut berasal dari Sumatera atau Melaka,”

“Enrique menyertai Magellan dalam semua penjelajahannya, termasuk pelayaran dari tahun 1519 hingga 1521 yang dibiayai Raja Spanyol, untuk mencari rempah ratus,” katanya.

Magellan meninggalkan Sepanyol dengan armada lima kapal bersama 270 orang kelasi tetapi hanya satu kapal dengan 35 orang pelaut berjaya kembali ke Sepanyol. Magellan pula telah pun terbunuh di Filipina.

Bagaimanapun, Enrique atau Panglima Awang pula berjaya sampai semula ke Melaka sekaligus melengkapkan pusingannya mengelilingi dunia.

Dr Joyce mengarang buku itu dengan ilham dari novel tulisan Jules Gabriel bertajuk “Mengelilingi Dunia Dalam Masa 80 hari” yang diterbitkan pada 1873 dan kini telah diterjemahkan kepada pelbagai jenis bahasa.

Dr Joyce pernah mengajar di lima buah universiti di dua benua dan sebuah pulau serta menyertai sebuah program kajian maritim di Lautan Atlantik. – Mynewshub.my

Sumber rujukan : voaindoesia.com

1 comment:

Anonymous said...

Hebat la orang Melayu. Tapi orang Melayu sendiri tak bangga.

Bangsa lain kata Hang Tuah seorang Cina sebab sama sir name ngan Hang Li Po.
Budak Hang Nadim dalam Singapura dilanggar todak pun Cina sebab dia bijak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive