Monday 29 July 2013

MAHFOZ PANAS HATI !! TAK LARAT TANGGUNG BEBAN KEKALAHAN PR DI KEDAH




PAS Kedah mahu sekutunya dalam Pakatan Rakyat tidak lepas tangan akibat daripada kegagalan mempertahankan negeri tersebut daripada diambil alih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pada Mei lalu.

Sebaliknya Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menggesa PKR dan DAP agar memikul beban itu bersama selain mengenal pasti faktor kelemahan dan kegagalan.

Jelas beliau, kemenangan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan disebabkan keupayaan dan kerjasama antara ketiga-tiga parti komponen itu.

"Bagi saya bahawa di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang kita boleh pertahan atas keupayaan bersama bukan atas satu kebolehan atau kelebihan yang ada pada mana-mana pihak.

"Begitu juga kejatuhan kerajaan negeri Kedah bukan hanya diletakkan semua beban itu kepada PAS tapi itu tanggungjawab kita bersama.



"Walaupun dari kerajaan negeri diterajui oleh PAS namun saya percaya kelemahan itu dapat kita kenal pasti untuk memastikan perkara sama tidak berulang di negeri-negeri lain dan juga tidak akan berulang bila kita diberikan mandat semula pada pilihan raya umum seterusnya," katanya dalam temubual bersama Antarapos.

Pada PRU13, BN mengekalkan kuasa pentadbiran di peringkat pusat selain menawan semula Kedah yang diterajui PAS sejak 2008. Sementara Pakatan mengekalkan kemenangan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Menurut Mahfuz, sebagai pemimpin nombor satu PAS di Kedah beliau sedia memikul tanggungjawab kekalahan itu dan akan memastikan mandat diberikan semula kepada Pakatan pada pilihan raya umum akan datang.

"Apa pun kekalahan di Kedah saya mengambil tanggungjawab itu dan saya memohan maaf kepada seluruh rakyat Kedah, ahli serta kepimpinan PAS dan seluruh kepimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat atas kegagalan mempertahankan Kedah.

"Namun begitu azam dan tekad kita bersama adalah untuk menempatkan kembali PAS dan Pakatan Rakyat di persada kuasa di Kedah," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu, punca kegagalan akan diketahui selepas jawatankuasa 'post-mortem' peringkat negeri selesai menjalankan tugas dalam tempoh empat bulan.

"...dan saya begitu yakin bahawa kita akan dapat kembali (Kedah), ini berasaskan apa yang berlaku di Kelantan dulu di mana PAS hanya tinggal dua kerusi dan pada pilihan raya umum 1999 ia berjaya mencipta sejarah dan akhirnya kekal selama 23 tahun sehingga hari ini.

"Ini semua kita belajar daripada kelemahan masa lalu dan kita kena pastikan ia tidak berulang," katanya.-Antarapos


MTK
Kihkihkih pening pala mat put nak cover balik semua ni

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive