Tuesday, 30 July 2013

PENJENAYAH 5 KALI DITAHAN BAWAH O.D MATI BERBALAS TEMBAKKAN




Polis Kuala Lumpur berjaya memberkas seorang lelaki selepas berbalas tembak dalam sekatan jalan raya yang diadakan di hadapan Kompleks Desa Kepong, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kejadian pada jam 2.15 pagi tadi berlaku ketika sepasukan anggota polis menjalankan sekatan jalan raya di jalan berkenaan menahan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki Cina berusia dalam lingkungan 30-an itu.

Apabila kenderaan diberhentikan anggota yang bertugas telah meminta pengenalan diri lelaki tersebut yang secara tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan ke arah anggota yang menjalankan pemeriksaan, namun tidak mengenai sasaran.





Lelaki tersebut telah melarikan diri sejauh 50 meter sambil menyamun seorang lelaki yang sedang berehat dalam sebuah van di tepi jalan tersebut.

Anggota yang bertugas telah bertindak mengejar dan berjaya menangkap lelaki tersebut selepas berlaku berbalas tembak.

Suspek mengalami kecederaan di bahu kiri, perut kiri dan kaki kiri akibat terkena tiga das tembakan dan sedang menerima rawatan di Hosital Selayang kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih belum sedarkan diri.

Hasil pemeriksaan pihak polis telah merampas sepucuk pistol semi-auto 9mm, sepucuk pistol mainan, enam helai topeng, sebatang besi dan sebuah kereta yang dilaporkan hilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Semakan mendapati lelaki tersebut telah lama bergiat melakukan jenayah memiliki ( 20 ) rekod lampau jenayah membabitkan kes pecah rumah, curi, senjata api dan termasuk ( 5 ) kali ditahan di bawah Ordinan Darurat.

sumber mynewshub.my

3 comments:

Anonymous said...

alahai apesal Polis tk tembak bg mampos je babi sekor ni.. duk seledup pistol dn buat jenayah bunuh2.. hapuskan saja!! nnt peguam PR akan jd tuntu bela mcm TBH bunuh diri.

Anonymous said...

congrats Polis ..teruskan usaha membasmi jenayah tegar spt ini... kami rakyat yg rasional menyokong tindakan polis...

Anonymous said...

Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive