Friday, 3 May 2013

PANASSS !!! AZIZAN RAZAK DAH BAWA LARI FAIL DARI WISMA??





Gelombang biru di Kedah nampaknya sudah hampir pasti akan menenggelamkan PAS. Sebenarnya, ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kemenangan PAS pada 2008 bukanlah kerana rakyat Kedah menyokong PAS tapi kerana ingin ‘mengajar’ UMNO. Nampaknya, ‘pengajaran’ yang diberikan adalah berbaloi kerana kepimpinan Dato’ Seri Najib hari ini nampaknya ikhlas melakukan penambahbaikan.

UMNO Kedah sudah lama mengalami masalah dalaman. Menurut rakyat Kedah, UMNO Kedah sebelum ini sudah mencapai tahap tepu. Teguran mahupun kritikan tidak pernah dipedulikan seolah-olah tiada apa yang mampu menjatuhkan mereka. Justeru, rakyat pun menghukum mereka dengan memberi undi kepada PAS.

Akibatnya, rakyat juga turut menerima pengajaran tentang siapa dan apakah PAS.

Satu penggal di bawah PAS sudah cukup untuk memperlihatkan betapa parti itu tidak punya kebolehan dari apa segi sekali pun. Jika selama ini umat Melayu sering menjulang mereka yang berlatarbelakangkan agama, yang mampu memberi khutbah, hafaz AlQuran dan fasih berbahasa Arab, sebagai orang yang paling layak memimpin, kini mereka sedar bahawa pendapat itu adalah salah.

Ilmu agama mungkin menjadikan seseorang itu manusia yang baik, tetapi ia tidak menjamin yang beliau akan menjadi pemimpin yang baik. Orang yang baik dengan pemimpin yang baik adalah dua perkara yang berbeza. Untuk menjadi pemimpin yang baik, seseorang itu perlu memahami ekonomi, kewangan, sejarah dan juga selok belok pengurusan.

Oleh kerana tidak mempunyai semua ilmu ini, maka kita melihat bagaimana Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah terkapa-kapa dan terpinga-pinga meneraju negeri. Beliau hilang kawalan ke atas segala-galanya sejak dari mula lagi.

Beliau ditipu dan dimanipulasi sesuka hati oleh orang-orang kelilingnya. Beliau tidak mampu memahami laporan kewangan apatah lagi untuk mencari penyelesaian ke atas setiap masalah. Beliau mendabik dada sebagai anak petani dan lebih tahu perihal pembalakan dan perladangan tetapi beliau langsung tidak tahu mengurus pembalakan atau perladangan itu. Akhirnya, habis balak ditebang tanpa menghiraukan kawasan tadahan dan sehingga gondol segala hutan dan bukit-bukau di negeri jelapang padi tersebut. Ia mungkin membawa hasil segera kepada negeri, namun ia juga akan habis dengan segera juga. Apatah lagi, apabila kerajaan negeri tidak mampu menjana kewangan dan terus menambah hutang serta membazirkan wang.

Selain tidak berkebolehan, Azizan juga tidak punya karisma dan tidak mampu berdialog atau berurusan dengan pihak pelabur mahupun rakan sejawatannya. Pendek kata, beliau menampilkan diri sebagai seorang Ketua Kampung dan bukannya Menteri Besar.

Jika rakyat inginkan seorang agamawan memegang kuasa, tanpa mengambilkira kelayakannya dalam bidang-bidang lain, maka inilah akibatnya. Lebih teruk, dari segi agama juga Azizan tidak mampu membawa apa-apa peningkatan selain menggunakan tulisan jawi di papan-papan tanda. Selebihnya, keadaan negeri Kedah hari ini adalah jauh lebih ‘tidak Islam’ berbanding di bawah kerajaan BN sebelum ini, dengan pusat-pusat hiburan tumbuh bagai cendawan. Bukan itu saja, sijil halal juga diluluskan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan kerana pihak yang bertanggungjawab sudah bertahun-tahun tidak mengadakan mesyuarat.

Azizan yang bakal dicabar oleh sepupunya sendiri, cukup sedar akan kelemahan diri. Namun, sekadar menjaga ego, beliau terus berlagak konon yakin akan menang. Hakikatnya, fikiran dan perasaan beliau sudah terlalu amat berserabut sama seperti berserabutnya Pakatan Rakyat dan PAS itu sendiri. Beliau tahu beliau tidak akan mampu untuk terus mentadbir sepenggal lagi tanpa menghancurkan negeri Kedah.

Tidak mustahil, jauh di sudut hatinya, beliau mengharapkan kekalahan. Kerana itu, tidak hairanlah jika beliau dikatakan sedang sibuk mengemas pejabatnya bersedia untuk keluar.

Dalam keadaan ini, tiada sebab kenapa BN Kedah tidak mampu menang. Sedar atau tidak, perubahan sebenarnya sudah pun berlaku, bermula dari penamaan calon lagi. Justeru, slogan ‘ubah’ PR sebenarnya sudah tidak relevan lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive