Thursday 2 May 2013

PANASS !! HADI AWANG MENYESAL ANWAR PERALAT QARDHAWI !!



Datuk Seri Anwar Ibrahim mengheret ulama Dr Yusuf Qardhawi dalam isu jawatan perdana menteri setelah PAS enggan memberi ketetapan untuk menyokong tuntutan beliau mengisi jawatan itu pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu.

Sumber-sumber PAS berkata tindakan Anwar itu memaksa Hadi bersemuka dengan Qardhawi untuk menjelaskan bahawa partinya menolak Anwar kerana beliau bukan pemimpin gerakan Islam.

“Hadi bergegas berjumpa Yusuf Qardhawi di Qatar pada 28 Februari lalu bagi menjelaskan mengapa Anwar tidak layak menjadi perdana menteri Pakatan Rakyat," kata sumber itu.

“Alasan yang diberikan Hadi kuat iaitu Anwar tak layak jadi perdana menteri kerana PKR bukan gerakan Islam dan Anwar bukan pemimpin gerakan Islam,” katanya.

Namun sumber itu menjelaskan Hadi gagal untuk memujuk Qardhawi.



Menurut sumber itu, Hadi juga kesal kerana Anwar menggunakan anak Qardhawi untuk memujuk ayahnya menulis surat itu.

Beliau berkata surat itu jelas di luar amalan biasa Qardhawi apabila ia ditujukan “bukan sahaja kepada Hadi dan Anwar selaku pemimpin PKR, tetapi juga parti Cina (DAP) bahawa Anwar patut menjadi calon perdana menteri pembangkang.”

"Tidak tahu bagaimana cara digunakan bagi mempengaruhi Qardhawi untuk menulis surat yang ditujukan kepada Anwar, PAS dan parti Cina,” kata sumber itu.

Yang jelas, menurut beliau adalah keghairahan PKR menggunakan surat itu untuk meyakinkan pimpinan dan akar umbi PAS supaya menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri.

"PKR juga menggunakan surat ini untuk mempengaruhi pemimpin-pemimpin PAS. Nik Aziz sendiri yang melancarkan surat terbuka Yusuf Qardhawi, menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri," katanya.

Bagaimanapun, surat itu tidak menghakis sokongan akar umbi dan pimpinan PAS untuk Hadi menjadi perdana menteri sekiranya pembangkang menawan Putrajaya.

Setiausaha Majlis Syura PAS, Nik Zawawi Nik Salleh berkata partinya tidak bermasalah dengan Nik Aziz namun mahukan isu perdana menteri diputuskan hanya selepas keputusan PRU ke 13 diketahui.

Sumber-sumber itu berkata Anwar dalam keadaan “gelabah” berikutan keengganan PAS untuk memberikan sokongan kepada beliau untuk menjadi calon perdana menteri pembangkang.

"Pada pembentangan manifesto Pakatan Rakyat, PKR mahu mengumumkan Anwar menjadi perdana menteri tapi PAS membantah. Anwar menggelabah dan terus menghubungi Yusuf Qardhawi.”

Sumber-sumber PAS berkata tindakan itu mencetuskan rasa tidak puas hati Hadi dan kepimpinan PAS.

Selain berjumpa Qardhawi, Hadi menguatkan hujah bahawa PKR bukan gerakan Islam dengan mendedahkan tindakan parti itu meletakkan calon tangkap muat, pengedar dadah dan sanggup jual kerusi pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Beliau turut membidas PKR kerana bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dianggap PAS sebagai berkecenderungan komunis.

Hadi kemudian merestui keputusan parti meletakkan calon PAS di enam kerusi DUN dan Parlimen Labuan untuk menentang calon PKR.

Berikutan bantahan PKR, Hadi hanya memberi laluan di empat kerusi termasuk Parlimen Labuan.

Beliau menegaskan PAS terpaksa berdepan dengan PKR di kawasan tertentu demi “menyelamatkan Pakatan Rakyat.”

Sebelum ini, Hadi turut menolak surat Qardhawi dengan menegaskan “Qardhawi tidak mengundi di sini, beliau rakyat Qatar, yang berhak ialah pengundi-pengundi."

ANTARAPOS

1 comment:

Anonymous said...

Apa nak sakit-sakit kepala pas oiiii... pastikan dia kalah di Permatang Pauh..
Habis cerita...

Pas masih beralas dalam menyatakan mengapa dia tak layak jadi PM sebab terkait dengan rakan kongsi haram ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive