Thursday 7 March 2013

PANASS !!! AHLI PAS KEDAH MAHU MB 6 SILENDER BUKAN 3 SILINDER !! #TukarKedah



Nampaknya seorang demi seorang pengkhianat dalam Pas mula tonjolkan diri untuk jatuhkan Menteri Besar merangkap Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah Azizan Abdul Razak..Difahamkan kumpulan pemberontak ini makin berani mendesak Azizan setelah diberi lampu hijau oleh beberapa orang pemimpin berhaluan kiri dalam Pas yang menjadi dalang disebalik konflik dalaman Pas..

Kalau dilihat daripada kenyataan kenyataan yang dikeluarkan, kesemua penyokong Pas bersuara itu mempunyai jawatan dalam Pas kawasan yang mahu Azizan ditukarkan dan digantikan dengan MB baru berenjen 6 silinder siapa lagi kalau bukan Phahrolrazi..

Beberapa hari lepas Pengarah MTD Alor Mengkudu Adnan Saad (Hj Nan Ayam)  yang juga Setiausaha Pas Alor Star mahu Dr Ismail dikekalkan kerana sudah mendapat sokongan 2/3 dari AJK kawasan malah 80% AJK MTD dan MKK sokong Dr Ismail dikekalkan ..





Tetapi lain pula apa yang didedahkan oleh ahli Pas sendiri tentang laporan akhbar Adnan Saad..Baca salah satu komen dibawah yang dipetik dari laman FB..


Untuk baca komen komen lain boleh klik kat sini

Selain itu terdapat juga dakwaan bahawa Timbalan YDP Pas Alor Star sedang melobi untuk dapatkan sokongan dari semua cawangan Pas Alor Star agar menyokong Dr Ismail terus kekal menjadi calon..


Konflik dalaman Pas merebak bagaikan penyakit kencing manis ini bermula di Kuala Kedah, seterusnya menyerang Alor Star, Kini merebak sampai ke kawasan Yan dianggap kubu kuat oleh penyokong Pas..


Beberapa hari lepas sekumpulan ahli Pas mendesak Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletak jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah secara baik kerana didakwa gagal membela kebajikan mereka.Mereka terdidi daripada Ahli Pas Dun Sungai Limau, Mohd Salleh Mohd Abu, 61,menyelar tindakan Azizan itu bukan sahaja menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan ahli Pas dan kepimpinan tetapi menimbulkan masalah dalam soal pentadbiran parti.

Sementara seorang lagi Mohd Salleh Mohd Abu, 61, berkata, tindakan Azizan itu bukan sahaja menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan ahli Pas dan kepimpinan tetapi menimbulkan masalah dalam soal pentadbiran parti.

“Kita minta beliau berundur dengan meletak jawatan secara baik demi perpaduan ahli Pas di negeri ini,”

Kesemua pemberontak dalam Pas Kedah mahu Azizan letak jawatan kerana gagal untuk menuruskan Kedah dengan baik..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive