Sunday 3 March 2013

JEFFRI KITINGAN - SUMPAH SAYA DAN PEMBANGKANG BUKAN DALANG !!!


Mungkin ada yang tertanya tanya siapa di sebelah Jeffri Kitingan..Lelaki yang di sebelah Jeffri adalah Sultan Muidzullail T Kiram..

Semalam Jeffri menafikan pembangkang terlibat dalam pencerobohan di Lahad Datu..Baca dibawah



Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan menafikan beliau menjadi dalang isu Lahad Datu.

Media Filipina mendakwa pembangkang terlibat dalam pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina.

“Bukan,” katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, media Filipina dipetik melaporkan, perisikan Filipina mendapati individu dalam pembangkang sebagai dalang kepada isu di Lahad Datu.

“Pegawai perisikan itu berkata, seorang ahli politik pembangkang yang menjadi sekutu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim telah bertanding untuk jawatan di Sabah. Ahli politik itu adalah salah seorang yang bercakap dengan Kiram.

“Beliau konon mewakili pembangkang menyokong Kiram untuk menuntut Sabah,” lapor Philippine Daily Inquirer, semalam.

Difahamkan, kumpulan bersenjata itu yang diketuai Raja Muda Azzimudie Kiram yang juga adik Sultan Sulu, Jamalul Kiram III didakwa terpedaya janji sekutu Anwar yang menyokong mereka dalam tuntutan ke atas Sabah.

Tapi bila difikirkan kembali apa motif beliau berjumpa dengan adik kepada Sultan Sulu..?? Adakah sekadar suka suka??

Anwar pula berjumpa dengan Misuari sebelum pencerobohan Lahad Datu berlaku..Adakah Anwar sengaja jumpa atau ada muslihat disebaliknya ???

Siapa tak kenal Misuari..Nur Misuari atau Nurallaj Misuari merupakan pengasas Pergerakan Pembebasan Mindanao yang merupakan kumpulan anti kerajaan Filipina secara kekerasan.

Nur Misuari dipenjara atas tuduhan melakukan pemberontakan pada 2006 dan ditahan di Pulau Jampiras, Sabah 24 November 2001 kerana memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah dan menjadi buruan Manila kerana mengetuai pemberontakan 19 November 2001 sebelum melarikan diri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive