Saturday 28 July 2012

NG WEI AIK BODOH TAK DAK AKAI



Punya la bodoh takmau mengaku salah MPPP di tuduhnya pihak hospital yang salah..Sedangkan parit parit tu dah tentu tanggungjawab MPPP..Inilah sikap si biadap ni..sama ja macam guan eng..Salah sendiri takmau mengaku lepas tu tuduh orang lain yang salah..Lu berak pun mau tuduh orang lain punya taik ka ??

GEORGE TOWN - Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang (HPP) Lim Thoon Deong membidas kenyataan Adun Komtar, Ng Wei Aik yang mendakwa badan itu gagal melaksanakan tanggungjawabnya dalam menyelenggara sistem perparitan di hospital sehingga menyebabkan kawasan itu dilanda banjir setiap kali hujan lebat.

Lim berkata tuduhan itu tidak berasas kerana masalah banjir sebenarnya berpunca daripada peniaga di sekitar hospital yang membuang sampah ke dalam parit dan sungai sehingga menyebabkan sistem saliran di kawasan berkenaan tersumbat.

"Sepatutnya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bertanggungjawab kerana mereka yang beri lesen kepada peniaga ini termasuk menyelia dan menyelenggara saliran tersumbat," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ng dalam akhbar berbahasa Cina baru-baru ini.



Ng dalam kenyataannya turut mendakwa parti MCA mendominasi pengurusan HPP apabila Lim, yang juga Timbalan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA negeri, memegang jawatan sebagai pengerusi lembaga pelawat sejak tahun 1997.

Lim menyifatkan segala dakwaan itu tidak masuk akal kerana pelantikan beliau dibuat secara kolektif dengan mengambil kira kriteria tertentu.

"Sebelum tahun 1990-an lagi saya telah memegang jawatan presiden St John Ambulance dan mempunyai banyak pengalaman menerajui pertubuhan sosial sebelum terlibat dalam politik secara serius.

"Tuduhan ini langsung tidak adil buat saya kerana pembabitan saya dalam lembaga pelawat adalah secara sukarela bukannya kami dibayar elaun atau ditawarkan ganjaran tertentu," katanya dengan nada sedih.

Beliau menyangkal dakwaan Ng, yang juga Setiausaha politik Ketua Menteri, bahawa lembaga pelawat mempunyai pengaruh dalam membuat lantikan anggota keselamatan di hospital itu.

Katanya Lembaga Pelawat HPP hanya berperanan menjadi penghubung antara hospital dan masyarakat, dan langsung tiada kaitan dengan kerja pengurusan dalaman hospital. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive