Wednesday, 25 July 2012

PANASS !!! BETUL KAH PAS NI TEMPAT TAMBAH BINI DAN BUAT DUIT ??



Sebagai bekas Ketua Penerangan PAS Pusat yang turunkan pangkat mungkin kerana selalu merapu, Idris Ahmad, baru-baru ini sekali lagi merapu dengan menyatakan bahawa UMNO kononnya bukanlah tempat untuk golongan ulama dan hanyalah tempat “cari makan”.

Kata Idris Ahmad, UMNO tidak menghargai ulama dan tidak mendengar suara golongan itu dan hanya mengikut telunjuk parti untuk mencari rezeki.

Tapi, dia mengakui dan memberikan nama-nama tokoh agama yang pernah berada bersama UMNO seperti Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad dan Datuk Dr Yusuf Noor yang memiliki ilmu yang tinggi sebagai ulama di dalam UMNO.

Nampaknya Idris Ahmad semakin hari semakin “buta”. Mungkin dia tidak buta matanya, tapi “buta hati” atau lebih tepat lagi “buta kayu” kata orang Melayu.


Sejak zaman berzaman, sejak UMNO mentadbir negara, belum ada satu pun keputusan atau dasar negara yang dilaksanakan didapati bertentangan dengan sumber perlembagaan iaitu Al-Quran, Hadith, Qias dan Ijma’.

Nak tahu mengapa?

Ini adalah kerana setiap dasar atau perlembagaan negara dikaji berkali-kali, diperbahas di peringkat kabinet dan parlimen, serta ditandatangani oleh Ketua Tertinggi Agama Islam di negara ini iaitu DYMM Yang DiPertuan Agung.

DYMM Yang DiPertuan Agong pula dinasihati oleh jemaah Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan barisan para sahibussamahah Mufti-Mufti yang jauh lebih tinggi ilmunya berbanding Idris Ahmad sendiri, mahupun Majlis Syura ciptaan PAS.

Sudah tentu juga Kerajaan Barisan Nasional juga memiliki Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, iaitu satu portfolio khas untuk menguruskan hal ehwal agama Islam serta dibantu oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Hujah Idris Ahmad yang mengatakan bahawa UMNO bukan tempat ulama adalah sangat bertentangan dengan apa yang diamalkan oleh UMNO dan Kerajaan BN.

Misalnya UMNO, Kerajaan BN dan Mykmu.net sendiri saban tahun berkali-kali meraikan, memuliakan dan menganjurkan majlis ilmu bersama para ilmuan Islam yang muktabar dari dalam dan luar negara.

Malangnya, kapasiti dan ilmu yang ada pada ulama PAS agak corot untuk dijemput bersama di dalam majlis himpunan para ulama muktabar yang diikitiraf dunia tersebut.

Apa yang menghairankan, setelah disampaikan cerita dan penjelasan secara menyeluruh kepada para ulama-ulama muktabar yang dijemput, mereka amat kagum dengan corak pentadbiran Kerajaan Malaysia dan mengiktiraf negara ini sebagai negara Islam contoh!

Maaflah kepada para ulama PAS. Sebenarnya umat Islam di negara ini hanya mengiktiraf kemuktabaran para ulama Islam sahaja dan kami tidak mengiktiraf ulama politik PAS yang sanggup menjual nama Islam untuk sesuap nasi!

Sejarah penubuhan PAS menunjukkan betapa parti itu ditubuhkan atas dasar gila kuasa. PAS ditubuhkan selepas Ustaz Fuad tewas merebut jawatan Presiden UMNO, bukan?

Katakanlah Ustaz Fuad ditakdirkan Allah SWT untuk menang bertanding sebagai Presiden UMNO ketika itu, saya fikir sudah tentu PAS takkan wujud dan pak-pak lebai PASlah yang akan bertenggek diatas kerusi empuk sambil menggoyang telur kerana tak tahu buat kerja untuk rakyat!

Saya berikan satu contoh PAS “goyang telur” yang sedang berlaku di dalam kerajaan yang ditadbir oleh parti itu.

Di Kedah, Menteri Besarnya Azizan Razak dan para Exconya satu haram pun tak tahu buat kerja, apatah lagi mahu menjana kewangan dan kemajuan negeri. Buat projek ikan keli pun boleh bankrap! Pandai apa begitu?

Bila wartawan tanya sesuatu kepada Azizan, jawapan paling popular yang diberikan ialah “Saya tak tahu”! Sebagai MB Kedah, apa yang Azizan tahu? Mungkin Azizan hanya tahu tambah isteri dan kerah KCS untuk buat kerja saja kot?

Mengenai para Exconya pula, lagi teruk dari Azizan Razak! Azizan sendiri tidak percaya pada mereka yang lebih sayangkan KCS yang tolong buat kerja untuk rakyat. Exconya hanya tahu berebutkan projek di sana sini.

Sudahlah tidak ada projek di Kedah, berebut projek mesin rumput pun bergaduh sebulan!

Itulah buktinya bahawa PAS merupakan tempat “ulama” PAS buat duit dan mengkayakan diri sendiri. Mungkinkah ulama jenis ini boleh dikategorikan sebagai “ulama us-suuk”? Saya tidak berani menghakimi sifat tersebut. Kita serahkan kepada Allah SWT untuk menilainya.

Justeru itu, saya berpandangan bahawa Idris patut cerminkan mukannya yang hitam itu dicermin lebih lama. Manalah tahu dia akan dapat melihat kelemahan diri sendiri yang cuba dipalitkan kepada orang lain.

Orang lain bersih dan terbukti mendaulahkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh, tapi PAS yang hanya mentadbir negeri pun tidak mampu membuktikan bahawa parti itu memperjuangkan Islam sepenuhnya.

PAS hanya tahu mengutuk dan mengecam, tapi tidak tahu membina. PAS hanya tahu komplen sana sini, tapi tak tahu buat kerja. Kalau PAS terus dibiarkan meracun fikiran rakyat, maka meranalah rakyat sebagaimana kami merana di Kedah!

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive