Monday 23 July 2012

TERBUKTI SAHIH !!! KERAJAAN PAS KEDAH MENYAMUN HASIL HUTAN DI KEDAH !!! #savekedah

PEMBALAKAN PEDU BERNILAI TINGGI
PEMBALAKKAN GUNUNG INAS BALING

Pada bulan Jun yang lalu TMK dengan kerjasama penduduk tempatan membongkar aktiviti pembalakkan haram dan tanpa kawalan dari pihak berwajib..Selepas isu ini keluar didalam Utusan Malaysia dan slot Aduan Rakyat TV3.

Pihak kerajaan negeri lantas menjawab tuduhan bahawa semua yang di laporkan hanya satu penipuan..Malah mereka dengan bangganya menunjukkan dokumen tebal bahawa EIA dikawasan tersebut telah diluluskan..Sedangkan dikulit hadapan dokumen terbabit hanyalah tertulis PROPOSE EIA..Pihak jabatan Alam Sekitar sendiri mengakui KAWASAN TERBABIT TIDAK MEMPUNYAI EIA..




Tak cukup dengan gambar kami sertakan sekali video video aktiviti pembalakkan yang gagal dikawal oleh jabatan hutan dan pihak kerajaan negeri..Akhirnya Kerajaan Negeri tetap berdegil mahu meneruskan pembalakkan di kawasan itu dan tidak berani menjawab apa yang kami dan wartawan soalkan..

Dua hari lepas Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli sendiri mengarahkan aktiviti pembalakkan di hutan simpan Gunung Inas dan di kawasan pedu dihentikan serta merta kerana EIA kawasan terbabit tidak pernah diluluskan..


KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata aktiviti pembalakan Hutan Simpan Gunung Inas berhampiran Baling, Kedah telah dihentikan.

Katanya aktiviti pembalakan akan terhenti sehingga Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) diserahkan.

Douglas berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Sisa dan Pameran 2012 di sini, Khamis.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Halimah Hassan berkata pihak berkaitan aktiviti pembalakan itu sudah menyerahkan EIA namun ditolak.

"Jabatan Perhutanan memberitahu bahawa kerja-kerja berkenaan telah berhenti dan EIA tidak dikeluarkan," katanya.

Beliau menambah EIA diperlukan untuk dua jenis aktiviti pembersihan tanah.

"Ia diperlukan untuk aktiviti pembalakan di atas tanah 500 hektar dan ke atas. Selain itu dalam kes-kes yang melibatkan perubahan status dalam penggunaan tanah, EIA diperlukan bagi projek-projek yang melibatkan kawasan lebih daripada 50 hektar," kata Halimah.

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kedah, Mohamad Sayuti Sepeai juga berkata EIA Gunung Inas telah ditolak.

"Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini telah mengemukakan permohonan tetapi ditolak kerana ia tidak layak untuk menjalankan pembalakan yang luas di kawasan itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, untuk pembalakan di Pedu, EIA tidak pernah dipohon.

Sebelum ini The Star melaporkan bahawa kira-kira 5,000 hektar tanah di Baling dan Pedu telah dibersihkan sejak pertengahan 2011 untuk memberi laluan kepada pelaksanaan projek Ladang Sejahtera.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa pembalakan di rizab hutan di Pedu, Jeniang dan Baling dilaksanakan mengikut garis peraturan dan panduan yang ditetapkan Dasar Perhutanan Negara.MSTAR

1 comment:

Anonymous said...

Salam admin,

saya beberapa kali nk antar komen mnegenai pembalakan ni..tp semua diblok..ini kat blog ni saja..kalo blog lain cam KEDAHAN 69ners pun isu balak ni..saya x boleh nk pos komen..cam diblok camtu2. Harap MAKLUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive