Friday, 14 December 2012

PANASS!! DEEPAK SI KELING KARPET YANG TELAH KANTOI HABIS



Siapa Deepak Jaikishan?

Dia adalah ahli perniagaan, lebih tepat, seorang pengusaha karpet yang mendakwa mengenali Datin Seri Rosmah Mansor atas urusniaga penjualan karpet sewaktu Datuk Seri Najib Tun Razak menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri hingga dilantik menjadi Perdana Menteri.

Apa masalah ‘mamat’ ini ketika ini?

Deepak kini sedang berhadapan dengan kemelut kes mahkamah melibatkan pembayaran hutang RM170 juta dengan Kuwait Finance House (KFH). KFH telah menghentikan kemudahan pinjaman kepada ahli perniagaan ini setelah mendapati berlaku unsur penipuan dan salahgunakuasa melibatkan salah seorang pegawai kanan bank tersebut, sewaktu meluluskan kemudahan pinjaman kepadanya.



Baik, apa yang dia buat pula ketika ini?

Deepak didakwa telah mendapatkan bantuan dan telah berjumpa dengan tiga pemimpin PKR ini. Satu pertemuan sulit berlangsung di sebuah rumah, salah seorang rakan pemimpin utama PKR ini.

Turut didakwa ahli perniagaan ini telah beberapa kali bertemu dengan salah seorang pemimpin utama PKR dalam membantu menyelesaikan kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

Ahli perniagaan ini turut didakwa bersetuju untuk membaca dan menghafal skrip yang disediakan oleh salah seorang dari tiga pemimpin PKR ini berhubung dengan kes mahkamah yang masih berlangsung, untuk turut mengaitkan nama Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes Altantuya.

Segalanya berkisar satu akuan berkanun oleh penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam (Bala) yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan wanita tersebut.

Bala sebelum itu telah pun menandatangani akuan berkanun kedua bagi menafikan akuan pertama yang ditandatanganinya itu.

Di sinilah nama Deepak ‘muncul’ bila dia mendakwa mengetahui tentang segala perancangan bagi tujuan mengubah akuan berkenaan.

Untuk pengetahuan anda, Deepak sebelum ini bersungguh-sungguh berkata kepada Malaysiakini.com (seperti didalam klip video di bawah) yang dia tidak terlibat langsung dengan segala keterangan Bala berhubung kes pembunuhan Altantuya.

Malah Deepak sendiri mengakui siatan SPRM ke atas beliau berjalan dengan telus tanpa prejudis.

Mari kita lihat pengakuan tersebut.





PERSOALANNYA, MENGAPA TIBA-TIBA DEEPAK MUNCUL DENGAN VERSI YANG ‘GILA BABI’ BERLAINAN KETIKA INI, KETIKA NEGARA SEDANG MENUJU KE PILIHAN RAYA KE 13?

ADAKAH KERANA DIA SEMAKIN BUNTU DISEBABKAN MASALAH KEWANGAN SEHINGGA TERPAKSA MENELAN SEMULA KENYATAAN YANG PERNAH DIBUATNYA SENDIRI?

ADAKAH DISEBABKAN ADA YANG ‘SUDI MENOLONGNYA’, MAKA DEEPAK SANGGUP MEMFITNAH ORANG LAIN YANG TIDAK MAHU BERSEKONGKOL DENGAN MASALAH PERIBADINYA ITU?


Lihat saja pengakuan terbaru Deepak dalam video klip di bawah. Bezakan dengan pengakuannya dalam video klip kedua tadi.



Di sini jelas anda lihat betapa pembelit dan pembohongnya manusia yang bernama Deepak Jaikishan ini.

Kita hendak tahu, apa pula skrip Deepak selepas ini.

Deepak mungkin boleh menipu semua orang, tapi Deepak mungkin tak sedar yang bukan semua orang boleh ditipunya.

Hari ini dia kata Najib difitnah, esok dia pula fitnah Najib dan lusa entah apa pula yang hendak disumbatkan pula dalam kepala otak kita semua.

Ternyata percaturannya membawa padah kerana jelas dia telah memperbodohkan dirinya sendiri dengan pelbagai sandiwara dan putar belit yang tiada kesudahan.

CHECKMATE!

MyNewsHub




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive