Wednesday 14 November 2012

PANASS !! PEMIMPIN PAS KATA NURUL IZZAH SYOR KEBEBASAN AGAMA UNTUK MURTAD




Seorang pemimpin kanan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki hari ini mendakwa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah mengesyorkan kebebasan agama untuk golongan murtad dalam kenyataan kontrovesinya minggu lalu.

Malah Pengarah Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki itu juga mendakwa, fenomena keluar daripada Islam atau murtad adalah kerana hukum hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

"Jika benar apa yang dimaksudkan Nurul Izzah dalam ucapannya ialah kebebasan untuk murtad maka pendiriannya sama dengan Umno dan BN, cuma dia (Nurul Izzah) hanya berpandangan, sedangkan Umno dan BN melaksanakan," kata beliau.

Zuhdi mendakwa hukum hudud yang dibawa oleh PAS adalah penawar kepada gejala murtad yang disifatkan beliau sebagai jenayah berat yang memerlukan hukuman setimpal.



Beliau seperti yang dijangka, terus membidas Umno namun menjauhkan diri daripada memberi sebarang reaksi terhadap kenyataan Nurul Izzah itu.

Ketika menghadiri program anjuran sebuah gerakan Kristian di Subang Jaya 3 November lalu, Nurul dipetik sebagai berkata kebebasan agama adalah hak semua kaum dan bukan untuk bukan Melayu sahaja.

Zuhdi menolak pandangan golongan murtad patut diberi kebebasan beragama dan membayangkan PAS akan menguatkuasakan hukum hudud terhadap mereka.

"Sebagai satu jenayah, mereka yang murtad perlu dihukum. Bagaimanapun hukuman itu hanya jatuh kepada mereka yang murtad secara percakapan dan perbuatan," katanya.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sebelum ini menegaskan hanya orang Melayu 'terdesak' yang sanggup bertindak keluar daripada Islam atau murtad.

"Prinsip kebebasan agama adalah kekuatan Islam, soal Melayu boleh tukar agama tidak timbul sebab sebagai Muslim dia harus pegang kukuh pada agama Islam,” kata beliau.

Kelmarin Ahli Parlimen Parit Buntar itu mendakwa kebebasan beragama dijamin dalam Islam dan dalam masa sama mempertahankan Nurul Izzah.

Namun hari ini Mujahid sebaliknya berpendirian orang Melayu sepatutnya mempertahankan Islam dan bukan menjadikannya 'lesen' untuk memeluk agama lain.

"Sepatutnya prinsip ini kukuhkan pegangan orang Melayu yang faham agamanya bukan lesen untuk murtad seperti yang dimanipulasikan (oleh pihak tertentu),” kata beliau.

SUMBER

1 comment:

Unknown said...

Salam mohon dipautkan blog sy Uruk Hai mediauruk.blogspot.com ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive