Saturday, 27 October 2012

PANASS !!! ABBY KENA TITIK LAGI ??




Di saat puluhan juta jemaah haji sedang berwukuf di padang Arafah yang merupakan salah satu daripada rukun haji, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Abby Abadi mengenai daging korban. Bekas penyanyi yang pernah mengangotai kumpulan Elite dan pelakon dram bersiri Gerak Khas itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan di laman twitternya yang mempertikai sembelihan korban sebagai membunuh binatang.

“Jika tidak mahu berkorban untuk memperjuangkan agama (Islam) tapi melakukan korban untuk lembu dan sebagainya, itu tidak dikira korban, itu dikira (sebagai) membunuh binatang” katanya.

Namun apabila majoriti pengikutnya mempersoalkan kenyataan tersebut, Abby di lihat cuba mengalihkan persoalan pokok yang dibangkitkan dengan mengatakan dia hanya sekadar ingin berkongsikan ilmu. Selanjutnya Abby turut mengaitkan isu tersebut adalah merupakan terjemahan dari Surah Al-Maidah yang dikupas oleh Ketua Jabatan Syariah Kias, Nilam Puri, Zulkarnain Husin.



“Ustaz itu terjemahkan dari Surah Al-Maidah, saya kongsikan, so di mana salahnya? Bacalah Surah Al-Maidah sendiri ok… nama ustaz kuliah mahgrib tu, Ustaz Zulkarnain Husin (Ketua Jabatan Syariah Kias Nilam Puri)” katanya lagi.

Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan telah menyerahkan borang keahlian Pas secara rasmi pada 19 Julai 2012. Semenjak itu Abby sering diundang menjadi penceramah termasuk parti politik khususnya Pas dan sering dilihat mengunakan laman sosialnya, Twitter untuk membawa mesej parti dan menghentam parti pemerintah atas nama perjuangan Islam.

Mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin apabila ditanya berhubung perkara ini, menjelaskan di dalam twitter beliau dengan mengatakan komen yang dibuat oleh Abby itu boleh membawa erti, dia telah mengharamkan binatang yang disembelih secara halal. Menyembelih binatang bukan merupakan atau disamakan dengan kaedah membunuh biasa.

Namun begitu, kenyataan tersebut telah menyebabkan Abby mengeluarkan kenyataan balas dengan mengatakan Dr Asri cuba mencipta isu.

“Tengok la tweet-tweet sebelum itu. Banyak lagi hal-hal yang perlu diberi keutamaan atau dijaga selain Dr (Asri) mencipta isu yang tidak membantu perjuangan.

Dr Asri ketika dihubungi enggan memberi komen berhubung kenyataan terbaru Abby itu.

“Saya tak follow twitter dia, saya tak tahu. Saya tak tahu apa maksud dia. Perkara lekeh (remeh) sangat. Masalah siapa Abby, pergi ke dia lah (terpulanglah pada dia).. isunya ialah kenyataan dia adalah tak betul”

Apabila diminta mengulas pandangan Islam mengenai isu pokok yang dibangkitkan itu, Dr Asri menjelas pendapat tersebut tidak betul.

“(kenyataan Abby) tak benar, kalau kenyataan itu benar, kita telah membatalkan ratusan, ribuan korban orang, (kerana) kita menganggap binatang yang di sembelih besok kebanyakkannya bangkai. Tak sembelih sama dengan bangkai.

“Kenyataan tak betul, akibat (kenyataan tersebut) boleh membatalkan korban jutaan orang islam dalam dunia. Siapa pun yang keluarkan kenyataan itu tak betul”, tegas beliau lagi.

– SUARA GENERASI BARU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive