Wednesday, 24 October 2012

AZIZAN - LEBIH BAIK PILIH LEMBU DARI SELAMATKAN RUMAH ALLAH ??



Sekali lagi Azizan Razak dan konco-konconya hilang teloq untuk berhadapan isu tanah wakaf Madrasah Salihiah pada pagi tadi setelah gagal hadir ke Mahkamah Alor Setar untuk perbicaraan kes menghina mahkamah kerana melanggar injunksi yang di failkan pihak plaintif Madrasah Salihiah pada 06 Mei 2012 yang lalu bagi menghalang sesuatu tindakan keatas Tanah Wakaf Khas dan Madrasah berkenaan sebelum keputusan mahkamah di keluarkan.

Setelah kegagalan Azizan Razak menghadirkan diri ke mahkamah perbicaraan telah di batalkan dan kes berkenaan telah di tunda buat kali yang terakhir pada 19 November 2012 ini.

Apa yang paling mengejutkan di sebalik kegagalan Azizan Razak menghadirkan diri ke mahkamah adalah kehadiran Azizan Razak bersama konvoinya ( selepas 1 jam keputusan kes mahkamah berkenaan di tunda ) ke Majlis Penyerahan Lembu-Lembu Korban di stadium tertutup Suka Menanti yang terletak hanya bersebelahan dengan kompleks Mahkamah Alor Setar.



Di Sebalik Isu Azizan Razak dan Konco-Konconya Menghina Mahkamah

Ternyata Azizan Razak dan konco-konconya dalam keadaan terdesak berkenaan isu tanah wakaf Madrasah Salihiah setelah dengan rasa tanpa bersalah telah melanggar perintah mahkamah supaya sesuatu tindakan tidak di buat keatas Tanah Wakaf dan Madrasah Salihiah yang telah menjadi kes mahkamah.


Azizan Razak dan konco-konconya dengan zalim pada 05 Jun 2012 telah menukar hak milik tanah wakaf khas berkenaan kepada nama syarikat Great Realty Development SDN BHD kepunyaan ahli perniagaan DAP dari Penang, Sonny Ho dengan pegangan selama-lamanya..

Baca seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive