Sunday 21 October 2012

GEMPARR !!! NIK AJIS GELABAH SPRM DAH GELEDAH PEJABAT MB ??



Hiasan
Jangan terkejut dengan tajuk diatas, ianya hanya untuk panaskan pungkoq SPRM Kelantan yang masih lena dibuai mimpi ..

Pada 8 Julai 2003, Kerajaan PAS Kelantan secara rasminya telah memeterai perjanjian dengan syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM2 bilion bagi melaksanakan projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, Kota Bharu.

Melalui perjanjian yang dimeterai ini juga, Kerajaan PAS Kelantan perlu menyerahkan kira-kira 1,000 ekar tanah kepada pihak syarikat dan sebagai syarat serta balasannya, Liziz Standaco Sdn Bhd perlu memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal yang bernilai lebih RM350.00 juta.

Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat dan Timbalannya adalah antara pemimpin negeri yang menghadiri majlis pemeteraian perjanjian projek tersebut.

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Nik Aziz mendakwa pembangunan di Lembah Sireh itu akan dilaksanakan itu dibuat mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri serta tidak membabitkan unsur pembaziran mahupun rasuah.

Hampir 10 tahun sudahpun berlalu, timbul persoalan sama ada benar tidak wujud unsur pembaziran, rasuah ataupun penyelewengan disebalik kelulusan projek ini? 10 tahun berlalu, tapi sebahagian besar projek masih tak terlaksana namun tanah sudah berpindah milik. Apa cerita?



Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 bagi negeri Kelantan, ada mendedahkan realiti sebenar bahawa projek PTSK di Lembah Sireh itu hakikatnya penuh dengan pelbagai kelemahan meragukan malah masih terlampau banyak projek pembangunan yang dijanjikan tidak dilaksanakan.

Sehingga bulan November 2011, Laporan Audit juga mendedahkan Kerajaan PAS Kelantan telahpun menyerah hak milik tanah seluas 716.8 ekar secara pajakan 99 tahun yang bernilai RM318.29 juta kepada syarikat swasta tersebut tanpa melalui prosedur yang betul.

Menurut Laporan Audit, kebenaran proses pindah milik tanah itu telah dibuat melalui satu mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK 1/2002 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar ketika itu.

Tindakan Kerajaan PAS Kelantan yang secara cuai melakukan proses tukar hak milik tanah tersebut amat menimbulkan syak dan keraguan khalayak yang menuntut pihak SPRM serta pihak berkenaan melakukan siasatan terperinci bagi mendapatkan jawapannya.

Selain itu, sehingga kini juga beberapa projek pembangunan fizikal yang sepatutnya dilaksanakan oleh Liziz Standaco seperti sengaja tidak dilakukan konon atas alasan kenaikan kos bahan mentah dan sebagainya, sedangkan tanah seluas 716.8 ekar sudah menjadi hak milik syarikat swasta tersebut.

Projek pembinaan masjid yang bernilai bernilai RM20 juta, Jambatan Palekbang (RM150 juta) dan stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta yang sepatutnya sudah siap dibina hingga kini bayang pun tidak kelihatan, sedangkan ia adalah antara syarat penting yang perlu dipatuhi selepas Kerajaan PAS Kelantan menyerahkan tanah seluas 716.8 ekar itu.

Hatta, syarat sumbangan kewangan RM15 juta oleh syarikat itu untuk Tabung Skim Perumahan Kos Rendah yang sepatutnya telah selesai dibayar pada Mac 2006, hingga kini cuma RM3 juta sahaja yang baru diperolehi.

Lapan bulan lalu, iaitu pada 15 Februari 2012, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob dalam reaksinya ketika diminta mengulas rungutan orang ramai berhubung kemelut isu PTSK Lembah Sireh ini pernah memberi jaminan akan memberi jawapan rasmi selepas Laporan Audit dikeluarkan.

Sekarang Laporan Audit sudahpun dibentangkan, jadinya kita minta Kerajaan PAS Kelantan segera merangka jawapan konkrit bagi menjawab persoalan disebalik segala kelemahan yang berlaku ini.

Sementara itu, pihak berkuasa khususnya SPRM perlu pro aktif untuk menyiasat segala kelemahan projek pembangunan di Lembah Sireh ini, berkemungkinan benar dakwaan ramai memang wujud penyelewengan dan unsur salah guna kuasa dalam isu ini oleh pihak tertentu dalam Kerajaan PAS Kelantan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive