Wednesday, 24 October 2012

EMPANGAN AIR SELANGOR HAMPIR KONTANG !!!




KUALA KUBU BHARU – Jumlah kapasiti air mentah di Empangan Sungai Selangor dekat Jalan Kuala Kubu Bharu ketika ini hanya tinggal kira-kira 56 peratus sahaja.

Ia kira-kira separuh daripada kapasiti sebenar empangan itu iaitu sebanyak 235 juta meter padu.

Perkara ini dinyatakan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Teo Yen Hua ketika mengiringi lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi.

Yen Hua menambah, kapasiti air Empangan Sungai Selangor hanya bergantung kepada tadahan hujan sahaja.

Kata beliau, sekiranya, hujan tidak turun dikawasan sekitar empangan, kapasiti air dalam empangan tidak akan bertambah.

” Nak kata air mentah cukup untuk kegunaan masa depan, itu tidaklah.

“Kajian yang dibuat pada tahun 2000 juga dan yang terbaru tahun 2011, memang tidak ada sumber air mentah lain selain di empangan ini,” kata Yen Hua.



Tambah beliau lagi, permintaan kegunaan air oleh pengguna di sekitar kawasan Lembah Klang dan Putrajaya semakin meningkat sebanyak 3.5 peratus setiap tahun.

Ia berikutan permintaan tinggi untuk aktiviti-aktiviti komersial yang digunakan oleh industri tempatan, ekonomi dan sejajar dengan jumlah populasi yang semakin meningkat.

Menurut Yen Hua, untuk mengatasi krisis air yang melanda sekarang ini, satu projek Pelan Mitigasi I dan II harus dilaksanakan bagi membolehkan sebanyak 390 juta liter sehari (JLH) air disalurkan setiap hari kepada pengguna.

Projek Mitigasi I dan Projek Mitigasi II adalah melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) dan LRA Sungai Selangor Fasa Tiga (SSP3).

Untuk rekod, Pelan Mitigasi I telah pun siap dan sudah pun berjalan untuk menyalurkan air ke kawasan Selatan Selangor.

Namun, Pelan Mitigasi II masih lagi tidak mendapat persetujuan dari pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Sebelum ini, dilaporkan yang jumlah kapasiti air di Empangan Sungai Selangor dilihat semakin berkurangan dan susut dari paras yang sepatutnya.

Empangan yang mempunyai saiz sebanyak 600 hektar itu dilihat semakin kering berbeza dengan keadaannya pada tahun 2010.

Keadaan itu telah mengundang situasi cemas bagi penduduk di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya kerana 60% air empangan itu disalurkan kepada pengguna di kawasan tersebut.

Malah, jumlah penyusutan air sejak awal bulan lalu menambahkan lagi keadaan masalah air di Selangor.

Justeru, bagi melihat situasi ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengadakan lawatan ke Empangan Sungai Selangor pagi tadi.

LIHAT GAMBAR GAMBAR EMPANGAN DI MYNEWSHUB

1 comment:

Anonymous said...

adakah masih tidak jelas dan tidak kelihatan petanda dan peringatan dari Tuhan ke atas bumi selangor yg dipimpin oleh pakatan rakus bertuankan DAP?
di satu tempat, sungai mengering tanpa hujan dan disatu tempat dlm negeri yg sama, tiba2 bolhe banjir!!!
bukala kedua2 mata...lihatlah petanda dariNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive