Monday, 22 October 2012

HARAKAH BACUL !! TAKUT NAK DEDAH LAPORAN AUDIT SEBENAR NEGERI PAKATAN




Terpampang di dada “tabloid” yang menjadi lidah rasmi PAS, Harakah, dan di laman webnya, Harakahdaily, tentang pembentangan laporan audit negeri Pakatan Haram yang kononnya mendapat “penarafan baik dan memuaskan”.

Antara yang dikatakan mendapat pengiktirafan tersebut adalah Kerajaan PAS Negeri Kedah yang kononnya juga begitu cemerlang menguruskan hal ehwal perbelanjaan di negeri itu tanpa sebarang penyelewengan.

Sungguh loya anak tekak saya bila membaca pembohongan demi pembohongan yang disampaikan kepada pak-pak lebai PAS yang sering tertipu dengan permainan politik jijik parti yang kononnya “paling Islamik” itu.

Saya percaya, Azizan Razak pastinya akan mengurut dada melepaskan nafas lega membaca laporan Harakah itu.

Tapi saya juga yakin bahawa Menteri Besar Kedah itu berkemungkinan besar sesak nafas ketika membaca laporan audit yang jelas menunjukkan kelemahan demi kelemahan pentadbirannya menguruskan wang rakyat Kedah.



Saya tertanya-tanya, apakah Harakah terlupa untuk memberitahu pembacanya tentang Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) yang banyak menyumbang kepada kerugian besar melalui GLC itu yang berada dibawah kuasa Azizan Razak?

Projek-projek utama MBI misalnya seperti pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea, Projek 99 East di Lankawi serta projek udang kerpan, tanaman getah dan kelapa sawit semuanya mencatatkan kerugian.

Malah di dalam laporan tersebut jelas menunjukkan nota audit yang menyatakan kelemahan dari segi perlaksanaan, perjanjian dan pemantauan yang gagal dilaksanakan oleh pihak MBI bagi kesemua projek ratusan juta ringgit.

Selain itu, apakah Harakah sengaja tidak menceritakan tentang pembayaran Kerajaan PAS Negeri Kedah sebanyak RM2.55 juta kepada lima syarikat kontraktor yang tidak berdaftar Pusat Khidmat Kontraktor?

Lebih teruk lagi, pengarah-pengarah bagi kelima-lima syarikat terbabit dikatakan mempunyai hubungan keluarga di antara satu sama lain dan pembayaran tersebut dibuat beberapa kali dibuat atas nama syarikat lain serta tuntutannya dikatakan berulang beberapa kali!

Apakah PAS yang selama ini kononnya mengutuk keras budaya kronisme, tapi kini berubah wajah sebagai “pengamal tegar kronisme” dalam diam setelah mendapat kuasa?

Apakah laporan audit yang sebegini buruk bunyinya layak diberi pengiktirafan sebagai “baik dan memuaskan?

Apakah PAS dan Harakah fikir rakyat tidak tahu membezakan antara perkara yang “baik” dan “buruk” mengenai laporan audit di negeri-negeri jajahannya kali ini?

Bayangkan, pembohongan tersebut berlaku di sebuah negeri yang dipimpin oleh PAS yang selama ini mengaku kononnya “terlebih Islam” berbanding umat Islam lain dan bayangkan pula pembohongan yang berlaku di negeri di bawah kuffar harbi laknatullah di Pulau Pinang.

Saya yakin, kalau dihuraikan tentang pembohongan oleh kepimpinan negeri-negeri Pakatan Haram di Malaysia, sudah tentu ramai yang akan terkejut melihat betapa teruknya laporan audit yang dibentangkan baru-baru ini.

Namun peliknya, mengapa media-media pro-Pakatan Haram tidak melaporkan perkara yang benar dan dilihat sengaja menyembunyikan segala kelemahan laporan-laporan audit tersebut yang ternyata lebih banyak dari kelemahannya?

Saya ingin bertanya, puak-puak Pakatan Haram ini tahu atau tidak mentadbir perbelanjaan wang rakyat? Kalau tidak tahu, sila kembalikan semula negeri-negeri itu kepada BN kerana parti kami terbukti jauh lebih bagus dari Pakatan Haram!

SUMBER MyKMU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive