Thursday 25 October 2012

BIAQ BETUI @Keris7Lok !!! ADA KETUA BAHAGIAN UMNO DI KEDAH NAK BELOT ?? SAPA TU ??


Terkejut jugak MTK baca dari blog Keris7Lok pasal ada Ketua Bahagian nak belot dengan UMNO..Mana punya cerita la si Keris ni kutip..MTK duk Kedah tau la macamana Ketua Ketua Bahagian kat sini..Ntah boleh percaya ka tak kawan dia yang duk cerita tu..Depa semua la ni dah bersatu mana ada nak belot belot dah..Jom kita baca apa yang sahabat saya  tulis kat bawah ni..

Berdesing telinga Keris bila dapat berita tentang seorang Ketua UMNO Bahagian di Kedah. Tengah hari tadi Keris keluar makan dengan rakan daripada utara yang juga merupakan seorang yang sangat setia kepada UMNO.

Menurut beliau, masalah di Kedah tidak banyak tetapi masalah paling besar adalah masalah ketua bahagiannya sendiri. Pada mulanya Keris kata "Biasalah bro, kadang-kadang cerita orang nak jatuhkan orang ni banyak". Tetapi setelah mendengar cerita penuh, terus Keris membuat panggilan kepada beberapa pihak tertentu di Kedah.


Ya berita yang dibawa ke pengetahuan Keris disokong ramai pihak termasuk orang kanan Ketua Bahagian tersebut. Ayat yang membuatkan rasa marah ini meluap-luap adalah "Dia kata kat kami, dia tak kisah UMNO menang ke kalah, pasai tu dia malas nak buat gheja kat bahagian..pi mampuih kata dia, aku tak taw nak habaq lagu mana kat ang. Ang taw ni pun aku tak terkejut sebab dia cerita dekat ramai orang dah."

Mahu belot? Tak perlu sebenarnya, jika tidak suka sila angkat kaki. Keris tahu sejarah ketua bahagian tersebut dan mengapa dia bermasalah. Nak berambus dipersilakan. Letak jawatan dan angkat kaki, jangan menyusahkan orang lain.

Kalau ada jawatan dan tak buat kerja dan cakap macam itu lagi lebih baik berambus cepat. Kami orang UMNO tidak akan terbit rasa kehilangan jika yang mahu pergi itu ada niat mahu belot atau tidak mahu bertanggungjawab.

Parti Keramat UMNO tidak akan jatuh jika kehilangan manusia sebegini. Keris tak kisah pun Anwar Ibrahim kini orang PKR biarpun dahulu dia seorang Ketua Pemuda yang hebat. Namun kini sifat sebenarnya telah terbongkar. UMNO tetap begitu, kukuh. Dulu, kini dan selamanya.

Sama macam KB yang tidak mahu ambil jika UMNO menang atau kalah ini. Sekali lagi amaran, sila berambus!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive