Saturday, 5 May 2012

Panass !! Zulkifli Nordin Tahu Team Wan Azizah Yang Sebarkan Gambar Azmin ??


Sudah MTK nyatakan beberapa hari lepas dakwaan team Azmin serta Siputdin yang menuduh Umno/BN sebagai dalang penyebarkan gambar gambar mirip Azmin Ali bersama seorang wanita di dalam tandas tidak benar sama sekali..

Bekas rakan seperjuangan Anwar hari ini telah membongkar. Rakaman video panas yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini didakwa dilakukan "orang dalam parti PKR" sendiri.



Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin mendakwa rakaman itu dibuat sebagai satu
cara menjatuhkan pemimpin terlibat kerana perebutan jawatan dan ingin mendapat perhatian yang lebih daripada Penasihat PKR yang juga Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia kerja dalaman (PKR), tak ada kena-mengena dengan orang luar. Saya tahu siapa yang rakamkan video ini, bila tiba masa nanti, saya akan dedahkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah umum Pendedahan Eksklusif Wajah Sebenar
Anwar Ibrahim di Kampung Sungai Kiat di sini.

Menurutnya, dalam masa terdekat juga akan ada beberapa lagi video aksi panas membabitkan pemimpin pembangkang yang lain akan didedahkan.

"Ada beberapa video lagi membabitkan pemimpin pembangkang lain dan 'pelakonnya' memang orang yang tak disangka-sangka," katanya
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive