team azmin |
Siang tadi Team Azmin dalam pkr saja yang bangkit menyuarakan hasrat mereka tidak mahu menyiasat isu Azmin..Mereka menyerahkan bulat bulat kepada PDRM dan Jabatan Agama Islam untuk menyiasat isu itu..
Mereka juga tidak mahu membuat laporan polis mengenai gambar imej lucah mirip Azmin yang disiarkan beberapa akhbar dan blog pro-Umno..Persoalannya kenapa mereka mereka yang satu team dengan Azmin saja yang bersuara? Mana suara presiden.mana suara Anwar dalam isu mengemparkan seluruh kepimpinan PKR??
Dalam artikel MTK semalam ada menyebut PKR sendiri sudah berpecah kepada beberapa team,Jadi hari ni terbukti bahawa team Azmin saja yang bersuara,TETAPI tidak mahu membuat laporan Polis.KENAPA??Adakah mereka tahu yang team Wan Azizah sengaja mahu menjatuhkan Azmin??Dari dulu lagi PKR memang tidak sehaluan dari dalam.Sama seperti Pas,Tetapi mereka ni hanya pandai berlakon di hadapan rakyat saja,semata mata mahu menutup lubang kelemahan parti sendiri dari pengetahuan rakyat..
Jadi buat sementara waktu ni kita tunggu dulu apa perancangan seterusnya dari team Wan Azizah..
Baca kenyataan Media yang dibuat oleh Team Azmin pagi tadi
Barisan wakil rakyat PKR menegaskan pihaknya tidak akan membuat siasatan atau laporan polis mengenai gambar imej lucah, yang disiarkan beberapa akhbar dan blog pro-Umno, yang lelakinya dikatakan mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata, "kami menyerahkan pihak polis dan Jabatan Agama (Islam) untuk menyiasat isu itu."
"Tindakan menyebar gambar lucah dan seks adalah jenayah yang perlu diambil tindakan," kata beliau.
Menurutnya, ahli-ahli Parlimen dan ahli Dewan Negara PKR menolak keras dan mengecam politik fitnah dan tuduhan jahat media pro-Umno terhadap Azmin kononnya beliau terlibat dalam adegan lucah yang dipapar dengan cara yang tidak bermoral oleh beberapa media cetak dan elektronik.
Mereka hanya mendesak penyebar penyebar gambar Azmin diambil tindakkan..tetapi tidak pula kepada si pelaku yang melakukan adegan lucah itu??Adakah mereka pasti itu Azmin?Kenapa nak melatah kalau itu bukan Azmin?..Azmin hanya perlu bersumpah laknat dan menafikan lelaki itu bukan beliau..Bukan sekadar nafi mengunakan air liur sahaja..
1 comment:
Mereka hanya mendesak penyebar penyebar gambar Azmin diambil tindakkan..tetapi tidak pula kepada si pelaku yang melakukan adegan lucah itu??Adakah mereka pasti itu Azmin?Kenapa nak melatah kalau itu bukan Azmin?..Azmin hanya perlu bersumpah laknat dan menafikan lelaki itu bukan beliau..Bukan sekadar nafi mengunakan air liur sahaja..
Ayat yang tepat sasaran. Tapi bagi parti yg tidak beretika ini, sudah tentu mereka akan mengelak atau tidak mampu menjawab persoalan ini.
Post a Comment