Di tangannya ada sebuah camera digital sambil merakam video dan gambar sewaktu polis mula berjalan mencari sesiapa memakai baju kuning..Siapakah lelaki ini?adakah dia ni seorang perisik( CIA) dari luar negara yang ditugaskan untuk memantau demo bersih ini?
MTK bukan nak perlecehkan kemampuan lelaki ini memiliki camera tapi kalau sekali tengok keadaan diri tu nampak agak mustahil..Kelibat lelaki ini pun hanya sekejap sahaja.Sekejap ada disini sekejap ada dikawasan polis ramai.Apa tujuan dia?.Kalau lah benar lelaki ini perisik yang sedang menyamar.Apa tindakkan kita untuk selamatkan negara?
PROLOG
Mengikut laman web BERSIH (www.bersih.org), BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya (Joint Action Committee for Electoral Reform atau JACER) pada Julai 2005. Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia. Namun, apa yang tidak dinyatakan di laman web tersebut adalah pihak yang membantu sekretariat BERSIH ketika itu adalah National Democratic Institute (NDI). Menurut laman web NDI;
“In July 2005, NDI organized a national-level workshop for party leaders on election reform. NDI has since conducted many workshops across Malaysia to promote electoral reform in collaboration with Research for Social Advancement (REFSA), the secretariat for BERSIH. In 2006, NDI conducted a workshop for BERSIH that focused on improving the action plans of each participating organization or political party in accomplishing their objectives. In 2007, NDI and BERSIH conducted a series of workshops in the politically neglected provinces of Sabah and Sarawak to educate previously disenfranchised political aspirants”.
(sumber : http://www.ndi.org/malaysia)
Bantuan NDI kepada BERSIH berterusan daripada 2005 hingga sekarang. NDI sebagai sebuah NGO dibawah National Endowment for Democracy (NED), mendapat sebanyak USD 1,248,332.00 (atau RM 4,027,419.04) dari tahun 2005 sehingga tahun lepas untuk menaja program-program NGO di Malaysia termasuk BERSIH.
BERSIH bukanlah NGO pertama di dunia mendapat tajaan NED dan NDI yang dinaungi oleh CIA untuk mengadakan tunjuk perasaan menentang kerajaan. Nicaragua merupakan negara pertama yang menjadi sasaran CIA melalui operasi PROJECT DEMOCRACY (dengan melibatkan NED dan NDI serta beberapa NGO Amerika lain). Di Nicaragua, NED menubuhkan Via Civica manakala di Venezuela, Súmate merupakan NGO yang dicipta untuk fungsi yang sama.
Mymassa
No comments:
Post a Comment