Saturday 3 March 2012

KAHKAHKAH !!!! PHAHROLRAZI MESTI JELES DENGAN GAMBAQ NI??



MTK malas nk ulas panjang pasal 2 orang adun pas amiruddin dengan phahrolrazi ni.Mungkin semua sudah maklum yang depa la ni duk cantas mencantas dalam pas.Teruk juga phahrorazi ni attack amiruddin dan ostad jijan sampai terkejut dibuatnya.

Ya lah dulu sebelum hampa perintah hampa duk pakat semuanya ok..Tapi la ni sebabnya depa dah nampak kuasa dan duit duit memperngaruhi fikiran seseorang..Inilah budaya pas sekarang.das kaki ni makin menjadi jadi.sapa tak ikut arahan mesti kena buang..kita tengok siapa mangsa seterusnya




"Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Bekalan Air Kedah Datuk Amiruddin Hamzah berkata beliau telah membalas surat PAS Kuala Kedah berikutan tindakannya menerima pelantikan semula jawatan Exco kerajaan negeri walaupun telah diarahkan tidak menerima pelantikan itu.

Sehubungan itu, beliau menganggap kes yang membabitkan dirinya dalam isu PAS Kawasan Kuala Kedah itu selesai setelah menjawab surat yang dihantar oleh Setiausaha PAS kawasan itu pada Khamis.

"Saya tak jangka akan ada masalah mengenai jawatan saya dalam PAS. Saya anggap perkara itu sudah selesai dan saya juga telah membalas surat itu kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Pendidikan Kedah Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan PAS Kuala Kedah yang memberikan kata dua kepadanya kerana melanggar keputusan mesyuarat jawatankuasa kawasan pada 24 Feb lalu yang menyokong Yang Dipertua PAS kawasan itu Datuk Phahrolrazi Zawawi yang tidak mahu dilantik semula sebagai Exco dan menetapkan semua Adun dalam kawasan Kuala Kedah menolak pelantikan Exco.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive