Sunday 15 January 2012

TUDIA!! AKIBAT TERPENGARUH DENGAN FILEM SONGLAP,SEORANG YDP PAS DI TAMPAR?



GEORGETOWN - Tidak berpuas hati dengan kepimpinan jawatankuasa masjid, seorang ahli kariah bertindak menampar Pengerusi Masjid sehingga mencetuskan kekecohan, semalam.

Kejadian berlaku selepas solat Jumaat di Masjid Jelutong, dekat sini, apabila ahli kariah terbabit tidak berpuas hati dengan pendekatan digunakan pengerusi terbabit yang mentadbir masjid sejak tiga tahun lalu.

Ahli kariah terbabit bertindak sedemikian sebaik saja Pengerusi Masjid memberi kenyataan kepada wakil media berhubung dakwaan sekumpulan anak kariah bahawa dia sengaja membuat pelantikan jawatankuasa ka­riah­ masjid untuk tahun 2012 secara rahsia dan tidak meng­umumkannya.

Bagaimanapun, kekecohan­ berkenaan berjaya dileraikan selepas beberapa lagi kariah­ segera campur tangan.

Terdahulu, kira-kira 20 anak kariah masjid berkenaan mengadakan demonstrasi aman selepas solat Jumaat membantah pelantikan seba Pengerusi jawatan kuasa kariah­ masjid itu.

Demonstrasi diketuai Pengerusi Persatuan Badan Bertindak Penduduk Jelutong Timur, Zarus Yusof turut membidas dan mendakwa Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri,
Abdul Malik Abdul Kassim campur tangan dalam urusan pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) kariah masjid sehingga menyebabkan perpecahan dalam kalangan anak kariah.






Apabila khawarij PAS menguasai masjid,peluang diambil sebaik mungkin untuk menjadikan masjid sebagai sarang mereka. Malah setiap derma jemaah dan kariah kepada masjid diguna seperti duit mak bapak sendiri.

Khawarij PAS ini dikategorikan penyamun dan penyangak.Banyak kes khawarij PAS curi duit masjid dan digunakan untuk keperluan dan kepentingan parti PAS.Contoh paling dahsyat apabila wang tabung Memali yang mencecah jumlah yang besar disonglap oleh khawarij PAS.

Timbalan Pesuruhjaya khawarij PAS Jelutong Mohamed Yusoff atau lebih mesra dengan panggilan manja Chop Belon akhirnya makan penampar apabila tindakan beliau yang sudah berkali kali melampau batas telah mengundang kemarahan anak kariah dikawasan Jelutong.

baca selanjutnya di sini

3 comments:

Anonymous said...

Ahli kariah yang berkecuali patut bangun menyatakan pendirian menentang rancangan puak2 PAS menjadikan masjid sebagai markas politk mereka.

Bukannya nak menyatupadukan ummah tetapi memecahbelahkan lagi ada. Perangai serupa macam nabi ajis yang menentang perpaduan dengan UMNO kerana telah disontot oleh khalifah DAP dan imam PKR.

ABUgin said...

selama ini masjid memang dah elok ditadbir oleh kariah kaki masjid....bila mai umno masuk campur jadilah huru-hara.

adakah patut orang yang tak tau mana tangga masjid pun disuruh tadbir?

asalkan bukan umno...selamatkan Msia!

Anonymous said...

puak pas bila pegang jwtan jadi lagu tu la..pasal duit sangup tolak amanah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive