Sunday 15 January 2012

PANAS!! KARPAL TAKUT TEMBELANG ANWAR PECAH?



Kes liwat Anwar: Karpal gesa AG tidak rayu

GEORGETOWN - Peguam utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh menggesa Peguam Negara tidak memfail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membebas dan melepaskan ketua pembangkang itu dari tuduhan liwat, Isnin lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, sebagai peguam bela beliau juga berhak, berdasarkan keterangan, menggesa AG agar tidak membuat rayuan.

"Perbicaraan ini dipanggil ibu segala perbicaraan di Malaysia dan saya kira tiga tahun (perbicaraan) adalah cukup lama dan ia perlu dihentikan demi kebaikan semua," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya semasa pesta Pongal di sini hari ini.
Pada 9 Januari, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sekalipun rayuan dibuat bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim supaya Peguam Negara mengemukakan rayuan, Karpal berkata, sebagai peguam bela beliau juga mempunyai hak menggesa Peguam Negara supaya tidak berbuat demikian.

"Cukup malang perkara berkenaan telah berlarutan hingga ke peringkat ini buat Saiful, tetapi sebaiknya negara dan semua terlibat menghentikan penghinaan terhadap Anwar dan keluarganya dan terus bergerak menangani isu-isu politik yang lebih penting yang menyentuh setiap orang," kata beliau dipetik Bernama Online


MTK
AWAT HANG TAKUT BILA ORANG LAIN NAK BUAT RAYUAN??BILA KENA KAT ANWAR BOLEH PULAK SAMPAI BEPULUH PULUH KALI RAYU,LU NI DOUBLE STANDARD LA KARPAL.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive