Saturday 21 January 2012

PANAS !!! PENYOKONG DI SAMAN GARA GARA TEMBELANGNYA PECAH?

hiasan semata mata


Tudia,terkejut juga MTK dengaq berita ni dari blog AKU BEKAS PKR yang yb muda pas ni nak saman 2 orang penyokong tegar pas yang mendedahkan penderitaan penduduk berhubung jalan kampng yang tidak terurus.

Wakil Rakyat PAS Menyaman Pengundi Sendiri RM10j

"Sedih dan pilu". Itu sajalah ungkapan yang dapat aku rungkaikan kepada 2 orang penyokong tegar PAS dan pengundi kepada YB berkenaan, apabila mereka menyerahkan notis saman yang baru diterima daripada peguam lantikan Yb muda di Kedah.

Kedua-dua mereka didakwa telah 'menghina' dan membuat 'tohmahan' terhadap YB berkenaan kerana telah membongkarkan penderitaan penduduk beberapa kampung terlibat, berhubung jalan kampung yang sangat tidak terurus, melalui program Titik Sentuhan' terbitan RTM pada jam 9 malam 18 Disember 2011.



Encik Hanafiah dan Encik Zakri, hanya 'pekerja kampung' dan termasuk di dalam kumpulan 'orang miskin' yang tidak berpendidikan telah diberi notis seminggu supaya memohon maaf secara bertulis kepada Yb berkenaan dan secara terbuka melalui RTM.

Selanjutnya Yb berkenaan telah meminta mereka yang terlibat supaya membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM 10 juta

Mereka telah menyatakan sesuatu yang benar daripada pemerhatian mereka sebagai rakyat yang memilih YB berkenaan, kerana mereka adalah di antara penduduk yang sering menggunakan laluan yang dimaksudkan.

Persoalannya:

1. Apakah motif sebenar YB muda PAS ini mahu menyaman rakyat sendiri yang dikira antara yang daif di kawasannya.

2. Wajarkah Yb PAS ini, yang telah dipilih oleh rakyat untuk memikul amanah membantu mewujudkan kesejahteraan kepada rakyat mengambil tindakan menyaman rakyat dan penyokong sendiri, hanya kerana ditegur oleh rakyat.

3. Kenapa begitu mudah sekali pemimpin PAS di Negeri Kedah ini mahu mendapatkan laba dan keuntungan sehingga terlupa kepada peranan, tugas dan tanggungjawab sebenar

4. Apakah Yb muda PAS ini fikir, apabila sudah menjadi kerajaan maka rakyat tidak berhak menegur dan apabila ditegur, ianya sudah menjadi fitnah dan tohmah

5. RM 10 juta yang dituntut adalah satu jumlah yang sangat besar kepada rakyat di kampong WALAU PUN SANGAT KECIL KEPADA YB2 PAS SEKARANG


MTK
Awat hang buat lagu ni yb?dah habis modai nak bertanding pru nanti ka?mtk pun duk dlm kwsn hang jugak,kerja hang sebelum ni pun mtk tau.kalo dah tak boleh terima dugaan berhenti saja jadi wakil rakyat tu,buat kerja lama balik..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive