Saturday, 21 January 2012

PANAS!! LAGI PENDEDAHAN MAIK TIDAK AMANAH TERHADAP TANAH WAKAF #SAVEKEDAH

a) Tanah Wakaf Madrasah Salihiah Kanchut hendak diserahkan kepada Jabatan Agama Islam sebagai pemegang amanah yang baru sebagai mengantikan nasir amanah madrasah sekarang.
b) Datuk Yang Dipertua nasihatkan kepada Jawatankuasa supaya membina komplek madrasah tersebut 3 tingkat atau lebih, memandangkan kedudukan tanah wakaf tersebut amat strategik.
c) Datuk Yang Dipertua cadangkan supaya Pembinaan Kompleks ini diserahkan kepada mana pihak syarikat atau agensi dengan secara pajak atau lainnya.





nilah adalah surat perjanjian diantara Kariah Jawatankuasa Madrasah dengan pihak MAIK. Pertukaran Nasir Amanah ini terjadi pada tarikh 27 JULAI 2002.

Semasa pertukaran Amanah Tanah Wakaf ini Datuk Yang Dipertua tidak membenarkan tanah ini dijual. Itu diantara syarat utama.

Malah Madrasah Salihiah ini sepatutnya di bina 3 tingkat atau lebih kerana kedudukkannya yang strategik. Tapi MAIK bina berapa tingkat? 2 tingkat saja kan.

Malah Datuk Yang Dipertua berharap Madrasah Salihiah dapat mengembangkan syiar Islam dengan pelbagai aktiviti keagamaan. Namun sehingga tanah dijual ia tiada usaha dari MAIK.

Untuk pengetahuan semua pembaca, selama 10 tahun MAIK memegang amanah di Madrasah Salihiah, selama itu jugalah tidak pernah MAIK datang membayar duit seliaan, air dan letrik. Semuanya di tanggung oleh kariah jawatankuasa.

Duit seliaan diambil dari sewa syarikat Insuran Takaful. Kiranya selama ini Madrasah Salihiah hidup bergantung kepada sewa syarikat Insuran. MAIK yang diamanahkan, tidak pernah peduli pun.

Mungkin atas sebab demikian pemaju telah mengeluarkan satu surat supaya pemilik syarikat Insuran Takaful mengosongkan premisnya dengan segera.


Bila pemilik Insuran Takaful dihalau, maka pihak Madrasah akan menghadapi masalah dalam untuk menyelia bangunan Madrasah. Kenapa perlu di halau dahulu pemilik syarikat Insuran, sedangkan badan utama dalam Madrasah itu masih belum lagi boleh dirobohkan atas perintah mahkamah.

Ini satu taktik kotor yang cuba dilakukan oleh kerajaan negeri dan pemaju.

Makin lama makin kotor permainan mereka. Inikah kerja cara Islam yang dilaungkan oleh Menteri Besar Kedah?

Menghalau, menindas, menipu dan salahgunakuasa.. semata-mata untuk menjual Tanah Wakaf yang dijadikan tempat kita bersolat dan menjalankan aktiviti agama?

Makin teruk nampaknya parti Islam ni. Demi kuasa dan wang, ISLAM SELALU DIPERGUNAKAN OLEH PAS!!

1 comment:

Anonymous said...

Jawab kat dunia dan jawab kat akhirat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive