Friday 16 May 2014

SIAPA RASA KENAL MAMAT MAMAT NIE, BAWALAH KE BALAI BERDEKATAN.. DENGAR CERITA DEPA NI PENGANAS ??



Pada 1 Mei 2014 diantara jam 8.24 malam, pihak Polis telah menerima pengaduan dari seorang wartawan akbar media focus, mendakwa telah diserang oleh diantara 20 ke 30 orang peserta perhimpunan membantah GST yang berlaku disekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

2. Kejadian ini bermula diantara jam 5.00 petang, hari yang sama apabila pengadu bersama-sama rakan-rakan media yang lain, pergi meninjau kepulan asap berwarna merah yang berlaku dilaluan masuk ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Semasa membuat tinjauan tersebut, Pengadu telah ternampak diantara 20 ke 30 orang berpakaian serba hitam (peserta perhimpunan) berjalan masuk ke Dataran Merdeka, membuat bising sambil mengeluarkan kata-kata provokasi kepada pihak media dengan menjerit-jerit mengeluarkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah kepada petugas media. Secara tiba-tiba kumpulan ini, telah menyerang dengan menumbuk dan menendang Pengadu dan turut menyerang dua petugas media yang lain dari akbar Oriental Daily dan The Malaysia Reserve. Akibat serangan ini pengadu telah mengalami ketakutan dan kesakitan serta takut menjalankan tugas, bagi membuat laporan yang sebenar mengenai perhimpunan oleh kumpulan ini.



3. Berhubung kejadian serangan terhadap petugas media, sehingga kini pihak polis telah menerima dua aduan (laporan) polis dari petugas media yang diserang semasa perhimpunan tersebut. Kedua laporan polis ini telah dikelasifikasikan sebagai kejadian merusuh, suatu kesalahan yang jika dibuktikan boleh dihukum penjara selama dua (2) tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

4. Melalui Siaran Media ini, pihak polis mengambil kesempatan, untuk menyeru samada mereka yang terbabit atau mana-mana orang yang mengenali mereka seperti yang terdapat di dalam gambar yang disiarkan untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu pihak polis menyelesaikan penyiasatan kes ini. Mereka yang terbabit atau ingin menyalurkan maklumat boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat kes ini, ASP Ananthan Rajoo yang boleh dihubungi melalui Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi melalui telefon no: 03-26977099 - POLIS KL

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive