Sunday, 11 May 2014

DATUK HUAN CALON MESRA BN BERTANDING DI PRK BUKIT GELUGOR



Ketika desas-dusus bertiup kencang bahawa mungkin Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor... tiba-tiba pagi Jumaat, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan mengumumkan secara rasmi hasrat beliau untuk bertanding di situ 12 Mei ini.

PCM bukan komponen BN, tapi umum tahu parti itu dikira mesra BN.

Huan sendiri bukan orang baru dalam politik, bekas Naib Presiden Gerakan dan Ahli Parlimen Batu Kawan ini mengumumkan hasrat itu dalam sidang media khas di pusat khidmat PCM di Air Itam Pulau Pinang.



"Saya akan bertanding di Bukit Gelugor dan saya menggesa orang ramai yang tidak puas hati dengan pentadbiran DAP di Pulau Pinang mengundi saya.

"Sebagai underdog, saya tidak merasa tertekan," katanya.

Menurutnya, untuk persediaan menghadapi PRK itu,beliau akan membentangkan manifesto pilihan raya dan slogan yang akan digunakannya nanti pada hari penamaan calon, Isnin depan.

Huan juga merupakan Presiden Sensible and Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT), NGO yang memantau media sosial di Malaysia.

PRK Bukit Gelugor diadakan selepas terdapat kekosongan kerusi parlimen apabila penyandangnya, Karpal Singh meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 17 April lalu.AGENDADAILY

1 comment:

Anonymous said...

MCA tak bertanding?
Nampaknya Najib (UMNO) kena tipu hidup-hidup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive