Thursday 15 May 2014

PANASS !!! BEKAS NAIB PENGERUSI DAP KEDAH BERTANDING BEBAS DI #PRKTELUKINTAN


Bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah Syed Araniri Syed Ahmad petang semalam mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, sebagai calon Bebas.

Syed Araniri berkata beliau memutuskan demikian selepas berbincang dengan anggota keluarga, rakan-rakan bekas DAP dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).



"Selepas keluar daripada DAP Mei tahun lalu, saya tidak terikat dengan mana-mana parti politik, jadi saya akan bertanding atas tiket Bebas. Saya yakin keputusan bertanding atas tiket Bebas ini akan mendapat sokongan padu pengundi Melayu Islam serta pengundi lain yang tidak berselera dengan mainan politik DAP dan Gerakan," katanya dalam sidang akhbar di sini Rabu.

Syed Araniri juga berkata antara faktor utama membuatkannya mahu bertanding di Teluk Intan adalah bagi mendedahkan agenda DAP dalam politik Malaysia yang boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat Melayu dan Islam.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive