Tuesday 13 May 2014

KRISIS T'GANU !! DRAMA, TRUST AND RELATIONSHIP




Krisis politik di Terengganu kini sudah sampai ke tahap yang tinggi apabila mantan MB Mat Said serta konco konconya ( 2 Adun ) umum keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas gara gara tidak berpuas hati dengan peralihan jawatan Menteri Besar..

Jika orang biasa yang tidak tahu cerita sebenar, mereka akan menyalahkan Putrajaya iaitu atas tanggungjawab DS Najib..

Tetapi hakikatnya Mantan MB Terengganu itu BERJANJI kepada YAB PM bahawa akan menyelesaikan krisis di Terengganu, jika gagal beliau akan melepaskan jawatan sebagai MB dan Pengerusi Penghubungan Umno Negeri.



Selepas menyaksikan kemenangan tipis BN di Terengganu, 17 BN dan 15 PR, Mat Said sebenarnya tidak dipilih untuk menjadi Menteri Besar bagi penggal seterusnya kerana YAB PM yakin Mat Said gagal untuk memperkasakan Umno Terengganu seperti apa yang dijanji Mat Said..

Ahmad Said memohon agar YAB PM memberikan beliau setahun tempoh bagi menguruskan beberapa pekara sebelum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu.

Pekara ini telah pun dimaklumkan kepada Duli Tuanku Sultan Terengganu sejak setahun yang lepas dan mendapat perkenan Tuanku. Apabila cukup tempoh setahun yang dipersetujui oleh Ahamd Said kepada Duli Tuanku Sultan dan YAB PM, beliau enggan berundur dan memungkiri janji untuk berundur dari jawatan Menteri Besar dan mengunakan alasan melanjutkan tempoh lagi seminggu bagi memberi ruang kepada kenduri kahwin anaknya..

Untuk makluman majlis pernikahan anak Ahmad Said telah berlangsung pada minggu lalu. Ahmad Said dengan sengaja mengedarkan kad jemputan perkawinan anak beliau pada 17 Mei ini semata mata mahu mendapatkan simpati ahli UMNO dan juga rakyat sedangkan beliau tahu tempoh beliau memegang jawatan Menteri besar akan tamat pada 12hb Mei 2014 mengikut perjanjian yang telah dimeterai.

YAB PM Dato Sri Najib telah melakukan yang terbaik bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional negeri Terengganu kekal relevan. Tindakan untuk menukarkan Ahmad Said bukan satu tindakan yang terburu buru kerana ianya sepatutnya telah berlaku setahun yang lalu. Namun atas tanggungjawap dan keperihatinan YAB PM beliau mempersetujui permohonan setahun yang diminta sendiri oleh Ahmad Said.

Jelas pada kita semua, bahawa tindakan Ahmad Said adalah amat tidak wajar dan tidak seharusnya berlaku. Beliau juga seharusnya sedar bagaimana kedudukan beliau memegang jawatan Menteri Besar setelah Idris Jusoh disingkirkan selepas PRU12. Jadi hari ini ianya berbalik kepada prinsip perjuangan parti ataupun jawatan. Ahmad Said sewajarnya mejelaskan pekara sebenar kepada rakyat.

Jika Idris Jusoh ditolak sebagai Menteri Besar kerana tidak mendapat perkenan Tuanku Sultan dan bagaimana pula kali ini apabila Tuanku Sultan perkenan Yb Raziff sebagai Menteri Besar?

Dato Sri Najib Razak bukan seorang yang semberono ataupun kejam. Ahmad Said sewajarnya mengikuti contoh tauladan bekas MB Terdahulu Idris Jusof yang tetap setia bersama parti UMNO walaupun tersingkir dari jawatan Menteri Besar. Apa yang dilakukan YAB PM adalah untuk kebaikkan seluruh rakyat negeri Terengganu, UMNO dan Malaysia.

Jika mereka bertiga ini percaya pada qadha dan qadar dan meletakkan segala galanya kepada pucuk pimpinan parti, aku yakin jangka hayat politik mereka makin cerah.. Tapi bila dari mula lagi dah tunjuk belang samseng ugut keluar parti, maka merekalah pengkhianat sebenar parti..

2 comments:

Anonymous said...

Yang hairanya blogger pro UMNO tak nak ungkit Najib bagi setahun..........semua kasi hemtam Najib.

Apahal 1 tahun tak dianggap terima kasih terbaik???

Najib bg 1 tahun ok la dari buang masa itu gak.......Mana lagi ok buang masa itu ke atau bg 1 tahun??

zulkarnain ibrahim said...

Najib klah teruk PRU x dpt majority xda perjanjian ke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive