Tuesday 8 April 2014

DAH MACAM KAT KOREA PULAK TENGOK SUASANA MACAM NIE





Dah macam kat Korea pulak kan bila tengok pemandangan dalam gambar-gambar di bawah ini.Mesti pembaca tak percaya kan yang gambar-gambar ini semuanya ditangkap di negeri Kedah..

Ketika ini seluruh kawasan dinegeri Kedah mengalami musim bunga yang sangat cantik dan mempesonakan.. Banyak gambar gambar bunga ini dikongsi dilaman Instagram..













Keindahan ‘musim bunga’ bunga pohon hiasan di sepanjang jalan di bandaraya ini bakal dijadikan produk pelancongan Negeri Kedah, tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, YB. Dato’ Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, keindahan pohon Tabebuia atau nama jolokannya pohon Sakura Malaysia itu mampu dijadikan daya tarikan pelancong ke negeri ini.

Beliau berkata, satu usul akan dibawa kepada Menteri Besar untuk perhebatkan penanaman pohon tersebut di seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

“Saya akan kemukakan perkara ini kepada Menteri Besar dengan kadar segera kerana ia berpotensi untuk dijadikan tarikan pelancong ke negeri ini.

“Kita akan usulkan kepada Menteri Besar supaya pohon ini ditanam di sepanjang jalan ke lapangan terbang dan juga sepanjang Sungai Anak Bukit di sekitar Alor Setar.

“Saya bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (EXCO) lain pun sangat teruja dengan keindahannya yang mengeluarkan bunga merah jambu dan putih itu setelah empat atau lima tahun sekarang, ia berbunga,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Apa kata pokok2 bunga tu ditanam dibandar utama sebagai satu tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara. Tunggu apa lagi! Memang mempersona dan mengindahkam mata memandang.

Anonymous said...

pokok bunga ini memang cantik apabila berbunga tapi daunnya selalau di makan ulat. jadi kalau nak tanam di bandar2 tentu kan ubat ulat perlu juga di bubuh.

Anonymous said...

Jangan lepas ni turun salji pulak kat kedah....Habis sejuk gedik orang kedah.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive