Saturday, 12 April 2014

MP SETIAWANGSA MALUKAN RAFIZI & TIAN CHUA DI PARLIMEN




Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari membidas pemimpin pembangkang yang kerap memutar belitkan fakta untuk mengelirukan rakyat berhubung Cukai Barangan dan Perkhdimatan (GST).

Menurut beliau, ahli parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli dan juga ahli parlimen DAP Petaling Jaya, Tony Pua cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengemukakan fakta yang salah berkenaan negara-negara yang mengamalkan GST.

Fauzi menjelaskan, negara-negara contoh yang disebutkan oleh pemimpin pembangkang seperti Canada dan Australia tidak pernah menolak GST malah sesetengah pemimpin di negara tersebut kalah di dalam pilihan raya bukanlah berpunca pelaksanaan sistem percukaian ini.



“Negara-negara yang disebutkan oleh Rafizi dan Tony Pua sehingga sekarang masih melaksanakan GST, Hong Kong pula bukanlah seperti yang disebutkan oleh Rafizi yang mana didakwa wilayah itu menolak GST selepas melaksanakan cukai itu,”.

“Di Hong Kong, pihak pentadbiran wilayah itu cuma menjalani proses konsultasi dan kemudian menghentikan proses tersebut pada 5 Disember 2006 tanpa melaksanakan cukai itu,” ujarnya.

“Kalau di Kanada, macam dinyatakan Tony Pua, beliau memaklumkan kepada Dewan Rakyat Parti Progressive Conservative yang dipimpin Brian Mulroney tumbang apabila mereka memperkenalkan GST, sedangkan GST bukanlah sebab utama mereka kalah dalam pilihanraya lalu,” jelas beliau.


Fauzi…pembangkang mahu kelirukan rakyat supaya tolak GST

Jelasnya, mereka kalah sebab ada kombinasi masalah ekonomi Kanada yang semasa itu merudum, pertelingkahan di dalam pakatan politik, dan juga masalah Quebec yang menyebabkan rakyat Canada menolak pimpinan mereka.

Fauzi yang membahaskan Rang Undang-Undang GST di Dewan Rakyat mengemukakan hujah-hujah tersebut bagi membuktikan Rafizi dan Pua sengaja mengelirukan rakyat negara ini dengan fakta yang tidak betul mengenai GST.

Beliau peraya tindakan pemimpin pembangkang bertujuan mendesak rakyat menolak pelaksanaan sistem cukai yang bakal menggantikan sistem sedia ada bermula April tahun depan.

Jelasnya lagi, sistem percukaian ini jelas tidak membebankan rakyat dan bakal membantu pertumbuhan ekonomi negara memandangkan 160 buah negara yang mengamalkan GST tidak pernah memansuhkan cukai setelah mengamalkannya termasuklah Australia.

“Kerajaan selepas John Howard, Kevin Michael Rudd, Julia Eileen Gillard dan perdana menteri Australia sekarang Anthony John Abbot tidak seorang pun mengusik GST malah meneruskannya,” tegasnya lagi.

Beliau menjelaskan bahawa Barisan Nasional mempunyai pendirian yang teguh berhubung perkara ini dan tidak mengambil pendekatan untuk membohongi rakyat berhubung pelaksanaanya.

“Semoga rakyat tidak tertipu lagi dakyah pembangkang dengan menakut-nakutkan rakyat dengan bebanan yang akan ditanggung oleh rakyat sekirnaya GST ini dilaksanakan.

“Kerana sebenarnya yang lebih takut kepada kejayaan pelaksanaan GST ini adalah pembangkang sendiri kerana dengan kejayaan GST kerajaan akan mempunyai lebih dana untuk melaksanakan projek pembangunan untuk rakyat dan membantu secara terus kepada kumpulan-kumpulan bersasar seperti BR1M dan lain-lain,” tegasnya lagi. -bnbbc.my

5 comments:

Anonymous said...

Rafizi Lembu dan Tony Pua Celaka, kamu jangan memperbodohkan rakyat. Kalau 160 negara sudah melaksanakannya tanpa masalah kenapa Malaysia tak boleh. Tony Pua Celaka, kamu sengaja nak bela peniaga-peniaga Cina yang selalu tipu income tax, selalu declare rugi ataupun untung kurang supaya tax yang dikenakan kurang. Sekarang kawan-kawan kau tak boleh lari.

Kawan saya seorang Developer Cina kata dia ada dua account, satu declare kat income tax, satu lagi account sulit (shareholders saja yang tau), untung berpuluh-puluh juta tak declare, bawa duit simpan Hong Kong. Rafizi, tak kan penipuan yang macam ni pun kau tak tau. Kalau kau tak tau, memanglah kau bodoh macam lembu, boleh diperbodohkan oleh Tony Pua.

Anonymous said...

Sejak bila plak 2 ekor vavi tuh prihatin dgn kjaan BN neh?... kalo dah ada kjaan ngr len yg tumbang sbb laksanakan GST biaq pi la Kjaan Msia nak buat.. nnt kalo depa gagal senang2la angpa tumbangkan kan kan?? nampok beno 2 ekor vavi tuh memutar belit knyataan...
160 ngr xde pon mslh dgn GST sbb kat sana xbyk kaum lintah darat sepet yg mnguasai ekonomi.... kalo ada pon sbb kjaan depa tegas xlayan dgn lintah darat sepet yg paling tamak dalam donia....dan mndapat sokongan dari barua buntal yg awwwwwwww.....

Anonymous said...

Ada orang tanya saya, macam mana nak declare untung kurang? Sebenarnya ada 1001 cara, kalau anda seorang accontant yang pakar menggunakan creative accounting. salah satu cara ialah berpakat dengan kontraktor, sub-kontraktor dan supplier yang syarikat mereka rugi. Mereka-mereka inilah yang akan mengeluarkan resit-resit palsu. Mereka dibayar certain percentage, misalnya 5% dari nilai transaction. Lagi 95% adalah adalah keuntungan kepada shareholders bukan kepada syarikat.

Anonymous said...

Woi, Sri Lanka yang masih mundur pun telah melaksanakan GST. Tak kan Malaysia yang dah hampir menjadi negara maju pun tak boleh laksanakan.

Kalau jadi pembangkang tak kan semua nak bangkang aje. Ta dak otak ke?

Anonymous said...

So, orang Cina cari duit kat Malaysia tapi pi simpan duit kat luar negara. Nasib baik ada orang Melayu simpan duit kat ASB, ASN dsbg, kalau tidak dah lama ekonomi Malaysia lingkup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive