Monday, 7 April 2014

PENDUDUK BALING TOLAK HIMPUNAN DERITA RAKYAT PILIH #BALINGBERSELAWAT @AzeezPutera



Kehadiran mencecah belasan ribu orang pada Malam Cinta Rasul di Baling malam tadi untuk bersalawat kepada Nabi Muhamad s a.w membuktikan penduduk setempat tidak derita seperti dakwaan pembangkang.

Ahli Parlimen Baling Datuk Azeez Rahim kehadiran sekitar 3,000 orang di Himpunan Derita Rakyat anjuran PAS pada masa sama dengan Malam Cinta Rasul menunjukkan sambutan itu tidak mendapat sambutan.

“Kehadiran mereka hanya 3,000 orang sahaja. Saya sendiri ke sana untuk melihat. Ramai yang hadir bukan orang tempatan. Ada dari Perlis dan Pulau Pinang. Majoriti orang luar,”.











“Di kawasan saya (Baling) tidak ada yang hidup menderita. Malah saya dan kerajaan sedang berusaha untuk membantu menambah baik kehidupan rakyat,” tegasnya.

Beliau diminta mengulas kejayaan program Malam Cinta Rasul anjurannya walaupun berlangsung dalam suasana hujan.

Menurut Azeez, sambutan program itu melebihi sasaran dan bersedia untuk menganjurkan lebih banyak lagi program berbentuk keagamaan di kawasannya.

Azeez yang juga Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) turut menegaskan bahawa rakyat di kawasannya itu masih terjaga dan tidak ada yang menderita ataupun kelaparan.

Beliau turut berkata bahawa program himpunan pembangkang itu bukan sahaja tidak mencapai sasaran, malah boleh dikategorikan sebagai gagal berdasarkan jumlah kehadiran peserta.



Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0 di Pekan Kupang, Baling turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi yang mungkin kecewa dengan jumlah peserta himpunan dalam ucapannya mendakwa kerajaan seolah-olah tidak memahami derita rakyat sebaliknya hanya mampu menganjurkan program agama sedemikian.-bnbbc.my

2 comments:

Anonymous said...

Taik bapak kau la..perut2 buncit orang pas tu tu derita apa namanya..bukannya tinggal tulang macam setengah kanak2 kat afrika tu..

Anonymous said...

Kikikiki.....tuii tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive