Monday, 7 April 2014

HUKUM HUDUD !! PAS KELANTAN MAIN WAYANG LAGI ??


Diatas adalah kenyataan dari Timbalan Menteri Besar Kelantan berkenaan hukum Hudud yang menegaskan undang undang berkenaan hanya terpakai untuk orang Islam manakala bukan Islam bebas membuat pilihan..

Baru baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi sokongan kepada kerajaan Kelantan supaya membawa bill hudud ke Parlimen untuk dibahas dan diguna pakai di Kelantan..

Tapi kalau lihat pada kenyataan Timbalan MB Kelantan, nampaknya Hudud hanhlah permainan politik mereka selama ini..



Jika nak laksana huduh kenalah menyeluruh untuk semua agama..Walaupun aku ni taklah faham mendalam tentang hukum Hudud ni tapi dengan membaca beberapa buku tentang hudud yang pasti pelaksanaan hukum Allah ini ke atas seluruh umat manusia tidak ada kompromi sedikit pun.

Aku masih ingat lagi ketika salah seorang Bekas Ahli Parlimen PKR yang juga ahli Pas YBhg Datuk Zulkifli Nordin bangkitkan hukum hudud di Parlimen dimana dalam salah satu draf undang undang Hudud kerajaan Terengganu yang ketika itu dipimpin Hadi Awang membenarkan suami meliwat Isteri..

Ternyata Hudud hanyalah permainan politik Pas semata mata kononnya merekalah memperjuangkan Islam..Hakikatnya demi undi Cina, mereka sanggup mengenepikan hukum Hudud dari bukan Islam..

4 comments:

Anonymous said...

Perundangan jenayah Islam, bg pemerintah Islam adalah satu kewajipan, tak dilaksanakan sahaja sudah jadi zalim, zalim kpd diri sendiri dan zalim kpd yg mengamanahkan pemerintahan kpdnya. Bila tak diambilkisah, tak dipedulikan, tidak disokong pelaksanaannya jika ada yg mampu melaksanakannya mk boleh menjadikannya seorg yg fasik atau sekumpulan org org yg fasik. Jika ditolak dan ditentang pula boleh menjadikannya kufur, na'uzubillah.
Bila ada kumpulan yg mampu melakukan apa yg tidak mampu kita lakukan, sedang ianya adalah kewajipan fardhu kifayah mk hendaklah kita sokong dan bantu. Jika ada kekurangan dan kelemahan, dimuzakarahkan utk diperbaiki, jgn terus ditolak, merbahayakan aqidah sendiri.
Yg bukan Islam, bila mangsa dan yg memangsa bukan Islam mk boleh memilih hakim bukan Islam dgn perundangan yg sedia ada. Tp bg saya khususnya kpd simangsa, saya yakin mrk akan lbh memilih perundangan Islam jika mrk memahami.

Anonymous said...

Mb kelantan eloklak jelaskan terperinci perlaksanaannya bila berlaku kes melibatkan islam dan bukan islam.klau sebut mcm ni keliru nanti rakyat mcm kalimah Allah... sebab tu umno pas kena bersatu...tak timbul bukan islam bole pilih pulak... ambil je scenario di mana mangsa org islam dan sipelaku bukan islam... macammana tu?

Anonymous said...

Kalau tak faham janganlah lebih2 buat ulasan.Di zaman Rasulullah orang2 kafir diberi pilihan samada dihukum mengikut hudud atau hukuman mengikut agama mereka. Ini bukan soal politik. Suami meliwat isteri bukan tak salah. Tapi ianya tak termasuk dalam hukum jenayah Hudud.Ianya tetap dihukum tapi bukan hudud sebab tu ia tidak dimasukkan dalam kanun jenayah syariah.Hukuman dalam Islam bukan hudud sahaja tapi ada Qisas dan Takzir. Zulkifli Nordin dulunya tak faham juga, tapi sekarang ni dah faham agaknya sebab tu tak komplen lagi dah.Cuma tinggal sekarang ni pengikut2nya yang tidak dengar penjelasan daripada wakil PAS sahaja yang belum faham.

Unknown said...

Boleh kah jelaskan pada saya adakah hudud dapat dilaksanakan dimalaysia jika parti pakatan yg diterajui bersama pkr,pas dan dap?? Saya terbayangkan satu situasi. Jika seorang beragama islam dan budha ditangkap bersama atas kesalahan mencuri, yg beragama budha memilih hukuman sivil penjara 2 bulan manakala yg beragama islam tadi jatuh pada hudud iaitu potong tangan. Apabila yg islam ni tadi dalam ketakutan hendak di potong tangan maka yg islam ni tadi secara tiba tiba menyatakan ' dengan ini saya keluar dari islam serta merta' jadi hukuman hudud tadi jatuh kepada bunuh sebab murtad.. tapi apa yg bermain di fikiran saya dapat kah pas melaksanakan hukuman itu sedangkan pkr pula menyatakan setiap yg berumur 18 tahun ke atas di beri kebebasan memilih agama.. berapa ramai kah lagi umat islam yg berada di Malaysia dan adakah malaysia akan kekal dengan status negara islam? Ada siapa siapa dapat jelaskan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive