Tuesday 11 March 2014

SEKADAR BERTANYA !! SIAPA PEGAWAI TINGGI KERAJAAN YANG JEMPUT BOMOH NIE ???



Kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut mendapat perhatian “Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP” Ibrahim Mat Zin.

Beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.

“Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di sini.




Post by AMAR.


Beliau yang melakukan solat sunat hajat di kawasan pintu ketibaan KLIA turut mendapat perhatian orang ramai yang tidak berputus asa mendoakan pesawat yang hilang ditemui selamat.

“Walaubagaimanapun, saya akan kembali ke KLIA dalam masa dua hari selepas melakukan doa dengan membawa sesuatu ke sini,” katanya.

Pada masa sama, Ibrahim juga meminta orang ramai meneruskan upacara keagamaan masing-masing mendoakan supaya kesemua penumpang dan anak kapal selamat kembali ke tanah air.

Raja Bomoh berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.
– BERNAMA

Siapa pegawai tertinggi kerajaan yang jemput bomoh ni datang ??

2 comments:

Anonymous said...

Jauhilah amalan2 khurafat...!!

Anonymous said...

setakat kata pegawai tinggi kerajaan mention la nama ada berani ke...kalau ko nak kater macam ni aku pun boleh kate...jgn sewenang-wenangnya buat camni nnt jatuh FITNAH kamu yg BERDOSA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive