Friday 10 January 2014

SALAM JILAT TANGAN PM PUN BELUM TENTU TAK BOLEH DI PECAT




Semalam tersebar satu berita di laman FB tentang perletakkan jawatan secara sukarela seorang menteri iaitu menteri KPDNKK atau nama ringkasnya menteri ayam.

YB DATO' SRI HASAN BIN MALEK yang telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan beliau selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menurut sumber terdekat keluarga D.S. Hassan Malek, perletakkan secara sukarela ini ekoran kerelaan beliau yang telah melihat menjadi Liabiliti kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri dalam mentadbir Negara. Satu pengumuman akan di buat oleh D.S. Hassan Malek waktu terdekat ini.



Tahniah D.S. Hassan Malek, Ini yang wajar di puji kerana Menteri yang gagal melaksanakan tugas dan memberikan kesan negatif kepada YAB PM harus berundur secara sukarela demi memastikan persepsi negatif yang wujud tidak berterusan menjadikan YAB PM mangsa keadaan kemarahan Rakyat. Tindakan D.S. Hassan Malek wajar di jadikan contoh kepada mana mana individu yang memegang jawatan di dalam Kabinet, pegawai Kerajaan, Agensi mahupun UMNO pusat. - afiqkltown

Sebentar tadi sumber dari PMO memberitahu bahawa Hasan Malik tidak akan letak jawatan. Berita khabar angin ini disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Oleh itu memandangkan Dato Hasan Malik menafikan beliau akan meletak jawatan, aku nasihatkan kepada beliau supaya buatlah benda apa yang patut dan jangan malukan PM.

Khabar angin tu rasanya untuk bagi hint kepada beliau atas sebab kegagalannya menerajui KPDNKK.. Kalau kementerian sendiri pun tak boleh jaga macamana nak jaga imej PM.

Salam jilat tangan PM pun belum tentu tak boleh di pecat..

2 comments:

Anonymous said...

Negara maju berpendapatan tinggi di dokong oleh rasionalisasi subsidi di dalam pusingan ekonomi kapitalis.Maknannya dengan pengurusan kewangan yang baik,maka FDI secara automatik dan bukan manual akan berderu2 masuk melabur dalam negara.Andaikata FDI bertindak go head gostan.Atas sebab Kos operasi menjadi tinggi dengan keputusan rasionalisasi subsidi.Ketika itu,rakyat sudah tidak boleh bertahan lagi kos sara hidup yang tinggi.Bangsa melayu makin tersisih dek arus ekonomi semasa.Bangsa cina dan india mampu bertahan.Mereka mempunyai sikap yang berbeza da bijak utk bangsa mereka.Maka langkah penyelamat seterusnya,adalah dengan menerima TPPA yang lebih menguntungkan dan menarik lebih ramai FDI dan mencemar kedaulatan serta pelembagaan negara atas nama mengelakan krisisi ekonomi dalam negara lebih teruk dan mensengsarakan rakyat terutama melayu bumiputera.Ketika itu,tiada pilihan melainkan memberi pengorbanan yang sangat besar utk masa depan orang melayu bumiputera,demi survival kehidupan bangsa melayu bumiputera di Tanah Melayu.Soalannya,berapa kali orang melayu nak berkorban da?Bunyi macam best aje,semangat petrotik.Ketika itu,agak2nya bangsa melayu berada di kelas ke berapa.Apakah bangsa melayu sinonim dengan perpatah melayu,seperti"melukut di tepi gantang" waktu itu.

Anonymous said...

Hari ini Menteri KDN , Zahid Hamidi bawak 20 orang bloggers UMNO ke Bukit Aman untuk dijadikan sebagai cybertroopers pembela beliau bila ada isu-isu berkaitan polis dan KDN dibangkitkan. Betul ke story ni? Kalau betul mungkin tak lama lagi kita boleh tengok beberapa blog bermati-matian pertahankan dan lambung Zahid Hamidi ni. Banyak dapat upah khabarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive